Skim Perkhidmatan Jururawat Mengikut Gred 2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Skim perkhidmatan jururawat ini merupakan salah satu skim dibawah klasifikasi perkhidmatan perubatan dan kesihatan. Skim perkhidmatan jururawat ini juga merupakan kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional, pelaksana atau dikenali sebagai skim perkhidmatan bersepadu.

Skim perkhidmatan jururawat

Skim Perkhidmatan Jururawat Mengikut Gred 2022

Sebelum kita memberi penerangan lebih lanjut, pastinya umum mahu mengetahui serba sedikit berkenaan dengan Gred yang terdapat di dalam perkhidmatan jururawat serta tangga gaji mereka.

Dibawah ini merupakan tangga gaji mengikut gred yang terdapat di dalam skim perkhidmatan jururawat :-

  • Gred U29 : RM 1,311.58 – RM 4,508.20
  • Gred U32 : RM 2,214.00 – RM 5,178.91
  • Gred U36 : RM 3,454.82 – RM 6,369.36
  • Gred U41 : RM 2,259.08 – RM 6,909.25
  • Gred U42 : RM 2,259.08 – RM 6,909.25
  • Gred U44 : RM 3,422.66 – RM 7,268.66
  • Gred U48 : RM 5,007.64 – RM 8,356.59
  • Gred U52 : RM 5,641.31 – RM 9,108.00
  • Gred U54 : RM 5,941.61 – RM 9,717.04
*** Semakin besar tangga gaji maka semakin besarlah tanggunjawab yang bakal digalas oleh seseorang itu, maka jangan terlalu bersuka ria akan jawatan yanh anda perolehi ***

Skim perkhidmatan jururawat

Syarat Lantikan Jururawat

Dalam setiap perlantikan akan mempunyai beberapa syarat lantikan yang WAJIB dipenuhi. Justeru itu, sebelum anda dikenali sebagai jururawat, pelatih WAJIB ketahui syarat lantikan jururawat ini terlebih dahulu.

Antara syarat lantikan jururawat adalah seperti berikut:-

Info Tambahan :  GIATMARA : Syarat Kelayakan Kemasukan Giatmara Malaysia 2021

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. BerumurTIDAK KURANG daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Kelayakan Lantikan ke Gred U29

  1. Mempunyai Diploma kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia

Lembaga Jururawat Malaysia

Lembaga jururawat Malaysia merupakan salah satu pertubuhan untuk mengawalselia pendidikan kejururawatan dan pendaftaran jururawat.  Lembaga Jururawat Malaysia berperanan untuk mengadakan peperiksaan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada bakal-bakal jururawat yang telah menamatkan pengajian mereka. Mereka yang lulus ujian akan diiktiraf sebagai jururawat dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan boleh berkhidmat dengan mana-mana hopsital kerajaan atau swasta.

TAHUKAH ANDA!!!
Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia akan mengadakan peperiksaan sebanyak sepuluh kali dalam setahun. Bermakna, calon yang sudah tamat pengajian boleh mengikuti peperiksaan pada bila-bila masa mengikut takwim yang telah disediakan.

Kelayakan Lantikan ke Gred U41

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan
  2. LULUS Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat kenaikan Pangkat secara Lantikan adalah seperti berikut:-

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, TERTAKLUK kepada KEKOSONGAN jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
  • Memiliki kelayakan dalam perenggan 1 (C) di atas dan
  • Berumur KURANG dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Info Tambahan :  PdPR : Cara Membantu Anak Minat Belajar Secara Online 2021
INFO TAMBAHAN!!!
Gaji permulaan yang lebih tinggi bagi Gred U29 dan Gred U41 boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan.

Jururawat yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam TEMPOH percubaan 1 tahun sehingga 3 tahun. Pada masa yang sama, jururawat yang berada di dalam tempoh percubaan dikehendaki hadir dengan jayanya dalam Program Transformasi Minda yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan yang berkenaan.

Perakuan Jawatan Jururawat

Jururawat yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila jururawat tersebut telah:-

  • Memenuhi tempoh percubaan yang telah ditetapkan oleh jabatan
  • Hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan dan
  • Diperaku oleh Ketua Jabatan Perkhidmatan

Bagi kenaikan gaji tahunan adalah BUKAN secara automatik tetapi ianya ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan jururawat tersebut.

TAHUKAH ANDA!!!
Kenaikan pangkat bagi setiap gred adalah mengikut kekosongan jawatan yang ada di setiap hospital. Kenaikan pangkat akan dipertimbangkan sekiranya mereka telah disahkan jawatan serta mencapai tahap prestasi yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan.

Rujukan:-

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments