Beberapa jam lepas satu status yang dikeluarkan Menteri Pendidikan sendiri bekenaan SKPMg2 ditangguhkan .Status tersebut dikeluarkan melalui akaun sosial Fb rasmi Menteri Pendidikan sendiri iaitu fb Dato Mahzir Khalid.
SKPMg2 Ditangguhkan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 ( SKPMg2 ) merupakan salah satu penilaian yang perlu guru lakukannya sendiri yang bertujuan menampakkan segala bukti kerja yang dilakukan seseorang guru tersebut untuk proses penilaian.
SKPMg2 menuntut guru untuk menyediakan fail tertentu dan perlulah menyediakan bukti untuk setiap item yang berkaitan penilaian. Sebagai contoh, jika item meminta bahan perancangan dan program yang telah dilaksanakan, guru perlu menyediakan bukti melalui kertas kerja dan laporan beserta gambar untuk setiapkali program yang telah buat. Setiap guru kebanyakannya akan mendapat 2-3 fail iaitu kemungkinan mempunyai 9-13 item untuk disediakan bukti.
Daripada skor yang telah diberi dapat menggambarkan kualiti perkhidmatan guru tersebut. Pendekatan ini dilihat selaras dan standart tetapi ia sebenarnya masih banyak mempunyai kelemahan. Hasil tinjauan juga banyak respon terasa terbeban terutama guru yang tidak menyimpan bukti dan masih kabur bagaimana melengkapkan skor serta penyediaan bukti.
Guru Kerani VS Guru Rajin Kerja
Tidak dapat dinafikan dalam pendidikan ada pelbagai jenis ragam guru. Ada guru yang sangat rajin tetapi tidak sempat untuk mendokumentasikan hasil kerja dan ada juga guru yang pasif tetapi mempunyai lebih masa untuk membuat dokumentasi selengkapnya. Namun demikian, ada juga guru yang rajin melakukan kerja-kerja dalam masa yang sama juga cemerlang dari aspek dokumentasi.
SKPMg2 ditangguhkan KPM
Menurut status facebook yang dikeluarkan Menteri Pendidikan sendiri meminta SKPMg2 ditangguhkan sehingga dimaklumkan kembali tahun hadapan. Segala perincian penangguhan akan dimaklumkan kelak.
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) ditangguhkan buat masa ini sehingga dimaklumkan tahun hadapan. KPM akan memberi perincian penangguhannya kelak. Harap maklum.
Respon Guru dan Respon komen
Jika dilihat komen untuk status tersebut mengundang pelbagai reaksi positif kebanyakannya memuji Menteri Pendidikan dengan langkah penangguhan tersebut. Kebanyakannya meluahkan rasa terbeban dengan perlaksanaan SKPMg2.
Namun demikian, punca penangguhan masih belum dinayatakan boleh jadi ia ditangguhkan untuk kemungkinan berikut :
- Pengkajian semula
- Mengambilkira aspek capaian internet
- Bebanan tugas guru menyediakan evidens
- Pelaksanaan masih kabur
Walaupun banyak kemungkinan yang ada, pastinya KPM mempunyai sebab tersendiri dan bakal dimaklumkan masa akan datang.