Soalan Ramalan Menghadapi Temuduga

0
151
Temuduga

Temuduga ini kebiasaanya menjadi perkara wajib apabila memohon pekerjaan, jawatan dan melanjutkan pelajaran. Bila hendak menjalani temuduga pastinya pelbagai soalan dan tips perlu diambil dari mereka yang berpengalaman. Jika diperhatikan, sekiranya anda biasa ditemuduga mungkin anda boleh kenalpasti soalan apakah yang kerap ditanya. Dibawah kami sediakan beberapa soalan yang kerap ditanya oleh penemuduga, berguna bagi mereka yang baru kali pertama menghadapi temuduga dan penemuduga yang sedang mencari soalan utuk ditanya.

  • Boleh anda memperkenalkan diri
  • Boleh anda jelaskan mengenai diri anda
  • Apa yang mendorong anda pilih pekerjaan/ kursus/jawatan ini
  • Apa pengalaman yang anda dapat dalam kerja/belajar/jawatan yang terdahulu
  • Kenapa ada berhenti kerja dahulu
  • Apakah pencapaian lepas yang anda banggakan
  • Adakah anda ada pengalaman dalam kerja/kursus/jawatan seperti ini
  • Kenapa ada fikir anda layak untuk kerja/kursus/jawatan ini
  • Apakah yang anda tahu tentang syarikat/institusi/jawatan ini
  • Apakah yang membuatkan anda berminat dengan perkhidmatan dan produk syarikat ini
  • Bagaimana anda menyumbang kepada kemajuan syarikat ini.
  • Kenapa anda berminat untuk bekerja di syarikat ini.
  • Kenapa anda berminat untuk belajar di sini.
  • Apakah rancangan jangka panjang kerjaya anda.
  • Apakah kekuatan dan keistimewaan anda.
  • Apakah kelemahan anda.
  • Bagaimana pandangan rakan-rakan mengenai diri anda.
  • Bagaimana anda ingin orang lain menilai anda.
  • Adakah anda akan menjalani latihan tambahan sekiranya pekerjaan tersebut memerlukannya.
  • Adakah anda selesa bekerja seara individu atau berkumpulan? Boleh jelaskan?
  • Bagaimana kesihatan anda
  • Apakah kegemaran atau hobi anda.
  • Bagaimana anda atasi sesuatu masalah yang dihadapi.
  • Mengapa syarikat ini/ institusi ini perlu mengambil anda.
  • Apakah kebolehan lain anda?
  • Soalan berkaitan situasi ditempat kerja atau semasa menjalankan tugas( anda perlu menyelesaikan masalah dari situasi yang diberikan )
  • Soalan isu semasa lain dan berkaitan dengan maklumat penting syarikat/jawatan atau institusi.
Baca Juga :  4 Cara Memilih Pekerjaan Yang Tepat

Sebenarnya bekenaan dengan soalan temuduga ini ia terlalu subjektif kerana ia bergantung kepada penemuduga serta apakah yang ingi dinilai oleh penemuduga. Tetapi kebiasaanya soalan diataslah yang selalu ditanya untuk menggalakkan anda berkomunikasi dengan mereka serta mencerminkan keperibadian anda. Mungkin ada banyak lagi soalanĀ  lain yang pernah anda alami, jika ada bolehlah dikongsi bersama di ruangan komen.

PanduanĀ Teknik Menjawab Temuduga ( Maklumat Lanjut )

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :