Bagi graduan yang baru sahaja tamat belajar pasti mereka takut untuk hadiri temuduga kerana bagi mereka temuduga adalah salah satu jalan untuk mendapatkan pekerjaan. Disini kita akan menyediakan beberapa tip berkenaan dengan temuduga beserta soalan bocor bagi soalan temuduga.
Antara tip yang penting untuk pergi temuduga adalah:-
Kod pemakaian
Ketika pergi menemuduga kod pemakaian amatlah penting. Kebiasaanya, kod pemakaian bagi menemuduga adalah “smart dan menutup aurat”. Penggunaan kod pemakaian ini adalah sama bagi temuduga kerajaan atau swasta. Justeru itu, ianya memudahkan kita semua untuk pergi menemuduga.
Antara contoh kod pemakaian menemuduga :-
1) Bagi wanita
- Baju kurung
- Kemaja + slack hitam
– Kemaja + skirt ( haruslah bawah lutut)
eLakkan memilih pakaian yang terlalu banyak bunga / blink-blink (bagi pemilihan baju kurung) serta ELAKKAN memakai Tudung yang berbunga bersama baju yang berbunga. ELAKKAN pemilihan warna baju yang terang atau garang ketika pergi temuduga
2) Bagi lelaki
- Kemaja berlengan panjang + slack hitam
- Kemaja berlengan pendek + slack hitam
Lebih menarik gunakan tali leher ketika hendak menemuduga lebih kelihatan berkeyakinan dan smart.
Gaya berjalan / duduk
Bagi pengetahuan umum, gaya berjalan memainkan peranan penting kerana melalui gaya jalan penemuduga dapat membaca sifat seseorang ( bagi penemuduga yang sudah lama menjadi penemuduga).
Seterusnya, gaya duduk juga mampu menunjukkan seseorang itu yakin atau tidak hendak ditemuduga. Justeru itu, setiap langkah memainkan peranan penting semasa hendak ditemuduga. Setiap langkah perlu terlihat seperti seorang yang professional dan berketerampilan agar penemuduga mempunyai keyakinan untuk mengambil kita bekerja.
Cara menjawab soalan
Ketika ditemuduga, cara menjawab juga amat penting. Melalui cara menjawab penemuduga dapat mengetahui samaada kita sudah bersedia 100% untuk ditemuduga atau tidak. Semasa temuduga kita perlu terlihat berkeyakinan dan perlulah membuat sedikit kajian berkenaan dengan syarikat yang ingin ditemuduga. Pesediaan awal amat penting tidak kira samaada ketika hendak pergi ditemuduga oleh syarikat swasta atau kerajaan.
Setiap soalan perlu dijawab dengan berhemah. Sekiranya soalan yang diberikan dalam bahasa English, kita haruslah menjawab dalam bahasa English. Tetapi, sekiranya soalan yang diajukan adalah dalam Bahasa Melayu, kita haruslah menjawab dalam Bahasa Melayu juga. Yang penting fahami soalan yang diberikan oleh penemuduga dan elakkan makan masa yang lama dalam menjawab satu-satu soalan.
Next, soalan bocor bagi temuduga kerajaan atau swasta adalah :-
Perkenalkan diri anda
Setiap company akan bertanya soalan yang sama kerana mereka mahu melihat bagaimana kita memperkenalkan diri.
Jawapan mudah:-
“Nama yang diberi adalah Nur binti Faizal, berasal dari Johor Bharu. Saya merupakan graduan daripada USM dalam bidang Dietetik dan bergraduasi pada Sept 2016. Sebelum ini saya mempunyai pengalama bekerja sebagai retail Dietitian di Amor Farmasi”
PERINGATAN!!!
Sekiranya ditanya dalam Bahasa Melayu jawab dalam Bahasa Melayu sekiranya disoal dalam Bahasa English jawablah dalam bahasa English. Tapi yang penting pointnya adalah sama, sediakan jawapan dengan padat tetapi penuh dengan isi.
Kelebihan & kekurangan anda
Ketika memjawab soalan kelebihan & kekurangan ini kita perlulah bijak. Sekiranya, kita mengatakan bahawa kekurangan kita adalah tidak mempu menolak setiap arahan yang diberikan. Jadi, kita perlu menutupi kekurangan kita dengan kelebihan kita.
Sebagai contoh :-
“Saya tidak reti menolak setiap arahan yang diberikan oleh ketua saya TETAPI saya seorang yang cepat belajar. Justeru itu, setiap arahan yang tidak ditolak saya mampu lakukannya dengan sempurna”
PERHATIAN BAGI CALON!!
Jangan terlalu memuji diri sehingga menyebabkan penemuduga berasa bosan akan jawapan anda. Sediakanlah jawapan anda padat tetapi mampu menonjolkan siapakah diri anda yang sebenar.
Mengapa kami perlu mengambil anda?
Semasa penemuduga bertanya soalan seperti ini, kita perlu jawab dengan penuh keyakinan dan masa inilah kita perlu menjual diri kita dengan cara yang berkarisma. Gabungkan kelebihan & pengalaman yang kita ada dalam soalan ini. Promote diri sehingga mereka percaya kelebihan diri kita.
Contoh:-
“Saya mempunyai kemahiran & kebijaksanaan yang diperlukan oleh company tuan/puan. Selain itu, saya juga boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberikan sokongan kepada setiap ahli pasukan saya supaya berjaya mencapai visi dan misi yang dikehendaki oleh syarikat. Pada masa yang sama, saya juga seorang yang independent dan cepat belajar sesuatu yang baru”
Secara konklusinya, keyakinan adalah kunci sesuatu kejayaan. Tanpa keyakinan hancurlah kejayaan, tanpa keyakinan siapalah kita. Sememangnya terlalu banyak soalan bocor untuk pergi ke temuduga, tetapi ada satu soalan bocor yang hanya diri kita sahaja yang mampu lakukan iaitu keyakinan diri dan penampilan yang menarik. Sebijak mana sekalipun kita sekiranya tiada keyakinan diri & tidak mempunyai penampilan yang menarik sukar juga mahu memberi kepercayaan kepada sesebuah company.