Solat Hari Raya Aidilfitri

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Assalamualaikum.Sedar tak sedar hari ni dah masuk 17 Ramadhan 1433H.Dalam 13 atau 12 hari lagi kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal 1433 H.Selepas tamatnya sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa,kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Antara aktiviti yang di lakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di pagi 1 Syawal.Rukun menunaikan solat Aidilfitri ialah:

1. Niat solat hari raya.
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
maksudnya: Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.
2. Membaca takbiratulihram.
3. Takbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.
4. Membaca Al – Fatihah.
5. Membaca tasbih antara takbir.
6. Rukuk.
7. Sujud.
8. Tahiyat akhir.
9. Salam pertama.

Antara persiapan yang boleh di lakukan sebelum menunaikan solat hari raya aidilfitri adalah seperti :

– Mandi sunat Hari Raya Aidilfitri.
– Memakai pakaian yang bersih.
– Mengucapkan takbir di rumah,masjid atau tempat-tempat yang lain (dari jatuh matahari akhir ramadhan hingga solat raya Aidilfitri).

Apakah hikmah kita menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri?Antaranya,menunjukkan tanda syukur kita kepada Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan.Selain itu kita juga memuji kebesaran Allah SWT dengan menyambut hari kebesaran Islam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top