Solat Sunat Harian – Mudah lagi ringkas

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Solat Sunat Harian – Mudah lagi ringkas

Sempurnakah solat fardhu kita? Soalan ini tiada seorag manusia pun yang mampu menjawabnya kerana kesempurnaan solat tidak ditentukan kita. Kita boleh berusaha namun segalanya ditentukan Ilahi juga. Maka dengan itu ayuhlah kita sama-sama mengamalkan solat-solat sunat yang mudah lagi ringkas ini.

1) Solat sunat wuduk

Selepas berwuduk, solatlah dua rakaat. Pastinya kita tidak rugi apapun kerana kita berwuduk untuk menunaikan solat jadi apa salahnya solat sunat wuduk dahulu.

2) Solat sunat Qabliyah dan Baa’diah (sebelum dan selepas solat fardhu)

Solat sunat Qabliyah bermaksud solat sebelum solat fardhu manakala Baa’diah selepas solat fardhu. Hanya tambahkan 2 rakaat sebelum solat fardhu dan 2 rakaat selepas insyaAllah beroleh pahala dari ALLAH SWT.

– Solat Subuh – hanya solat sebelum/Qabliyah [tiada Baa’diah]

– Solat Zuhur – Qabliyah dan Baa’diah

– Solat Asar – hanya solat sebelum/Qabliyah [tiada Baa’diah]

– Solat Maghrib – Qabliyah dan Baa’diah

– Solat Isyak – Qabliyah dan Baa’diah

3) Solat dhuha

Carilah waktu semasa rehat makan pagi biasanya antara pukul 10.00 pagi dan 10.30 pagi. Setelah minum teh atau kopi tidak lama hanya 2-3 minit sahaja solatlah dua rakaat.

4) Solat Witir

Solat witir adalah solat penutup. Rakaatnya dalam nombor ganjil paling ringkas buatlah 1 rakaat selepas solat sunat baadiah Isyak tadi.

Inilah 4 solat sunat harian yang mudah lagi ringkas untuk dilakukan dalam hidup kita. Jadikanlah amalan semoga beroleh pahala yng besar dengan amalan yang istiqamah.

 

Wallahualam.

One thought on “Solat Sunat Harian – Mudah lagi ringkas

Leave a Reply to Persediaan Sebelum Menghadapi Peperiksaan –Xpresi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *