Login portal pendaftaran pekerjaan SPA bagi mereka yang mahu memohon pekerjaan di dalam sektor kerajaan. SPA 9 adalah portal SPA yang sudah di naiktaraf daripada SPA8. Disebabkan oleh itu, mulai 28 September 2020, semua urusan pendaftaran dan pengambilan pekerjaan dalam SPA akan dilakukan di portal SPA9.
SPA 9 2021 : Login Portal Pendaftaran Pekerjaan SPA
Anda boleh melayari laman web SPA 9 menerusi laman web seperti di bawah ini:-
Login SPA : https://spa9.spa.gov.mt/login
Pendaftaran SPA : https://spa9.spa.gov.my/register
Menerusi portal ini, anda boleh mendaftar dan memohon jawatan dalam sektor kerajaan yang anda kehendaki. Walaubagaimana sekalipun, anda perlu mempunyai akaun SPA 9 sebelum membuat permohonan.
PERINGATAN!!!
Bagi pemohon yang TIDAK aktif dalam SPA 8 maka mereka WAJIB mendaftara semula akaun baharu SPA9.
Cara Membuat Pendaftaran SPA
Cara membuat pendaftaran ke SPA 9 adalah mudah seperti:-
INFO TAMBAHAN!!!
Sekiranya anda sudah mempunyai akaun SPA 8 yang masih AKTIF, anda boleh terus LOGIN SPA 9 TANPA membuat pendaftaran. Hal ini disebabakan semua data di akaun SPA 8 telah di pindahkan ke dalam sistem SPA 9.
1) Klik pada “pendaftaran pengguna” untuk mendaftar akaun baharu SPA 9
PERHATIAN!!!
PASTIKAN Nio kad pengenalan dan nama penuh dimasukkan sama seperti di dalam kad penegnalan TERMASUKLAH butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.
2) Isikan semua maklumat pemohon seperti :-
- Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi ini biasanya auto terisi sekiranya kita memasukan no kad pengenalan pemohon. Walaubagaimana sekalipun, terdapat bahagian yang perlu diisi secara manual oleh pemohon kerana data maklumat TIDAK terlihat di dalam sistem permohonan. PASTIKAN data yang diisi adalah tepat dan sahih BUKAN maklumat yang di reka-reka oleh pemohon.
- Maklumat Kelayakan Akademik
Kelayakan Akademik ini bermula dari kelayakan Akademik:-
-
- PT3/ PMR/ SRP
- SPM/ SPMV/ SPVM
- SVM
- Peperiksaan ulangan
- SKM
- STPM
- STAM
- Sijil Matrikulasi KPM
- Pengajian Tinggi
- Profesional/ Ikhtisas
PERINGATAN!!!
Calon hanya perlu mengisi maklumat yang BERKAITAN sahaja. Sekiranya pihak SPA mendapati, pemohon membohong/ memalsukan maklumat ketika mengisi maklumat yang diperlukan, calon boleh dikenakan denda sebanyak RM2000 atau hukuman penjara selama 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
- Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat
Maklumat ini WAJIB diisi bagi pemohon yang bekerja di sektor kerajaan TETAPI sektor selain daripada sektor yang di pohon.
PENTING!!!
Pemohon yang bekerja di sektor kerajaan WAJIB memohon atau meminta pegawai untuk mengesahkan pemohonan mereka dan pengesahan jawatan yang sedia ada.
- Maklumat Bekas Tentera
Maklumat bekas tentera ini TIDAK WAJIB diisi sekiranya pemohon BUKAN bekas tentera. Walaubagaimana sekalipun, sekiranya pemohon adalah bekas tentera maka WAJIB membuat pengisian maklumat yang di inginkan.
- Maklumat Bukan Akademik
Menerusi maklumat BUKAN akademik ini, pemohon boleh mengisi sekiranya pemohon mempunyai kecenderungan atau kelebihan dalam sesuatu perkara. Antara maklumat BUKAN Akademik yang ada seperti:-
-
- Kebolehan bahasa
- Bakat
- Sukan
- Penerima Bantuan
- Kurang Upaya
- Jawatan Dimohon
Menerusi Mesyuarat Suruhanjaya Bil 28/2015 pada 3 Ogos 2015 telah memutuskan bahawa jumlah pemohonan terhad kepada 15 Jawatan sahaja dengan tempoh sah laku pendaftaran satu tahun sahaja. Justeru itu, setiap satu tahun sah laku permohonan sudah tamat pemohon, WAJIB membuat permohonan semula.
- Perakuan Pemohon
Perakuan pemohon merupakan salah satu perkara yang WAJIB pemohon lakukan. Hal ini disebabakan, pemohon perlu membaca semua terma dan syarat yang telah disediakan oleh pihak SPA. Justeru itu, perakuan pemohon merupakan salah satu perakuan yang penting di dalam permohonan SPA ini.
Semua maklumat di atas WAJIB di isi sekiranya berkaitan dengan pemohon. Walaubagaimana sekalipun, sekiranya maklumat di atas TIDAK berkaitan dengan pemohon maka pemohon boleh meneruskan penyediaan maklumat yang seterusnya.
3) Semakan Permohonan
Semakan permohonan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-
- Status permohonan
- Status penjadualan
- Status keputusan permohonan
Ketiga-tiga status ini boleh dilihat menerusi web SPA 9 ini. Walaubagaiamana sekalipun, semakan permohonan akan wujud sekiranya pemohon melakukan permohonan. Semoga dengan penaiktarafan sistem pendaftaran pekerja dalam sektor kerajaan ini dapat memudahkan lagi pemohon untuk membuat permohonan jawatan yang di ingini.