SPA :Tatacara Pematuhan SOP di Pusat Temuduga SPA

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tatacara pematuhan SOP

Semua calon yang bakal di temuduga oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) perlu mematuhi SOP. Justeru itu, sebagai calon dan urus setia yang akan menguruskan sesi temuduga calon perlu ketahui tatacara pematuhan SOP Pencegahan COVID -19 di Pusat Temuduga SPA ini. Pematuhan adalah WAJIB bagi mengelakkan wujudnya kluster baru yang hadir ke sesi temuduga SPA.

Kluster bermaksud rangkaian, kelompok, gugussan yang merujuk kepada sesuatu yang menjadi label kepada kelompok mereka yang terkesan akan pandemik COVID -19 ini. Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan akan memanggil ianya sebagai satu kluster sekiranya penyebaran berlaku disebbakan oleh pehimpunan tersebut.

SPA :Tatacara Pematuhan SOP Pencegahan di Pusat Temuduga SPA

Tatacara pematuhan SOP Pencegahan COPVID -19 ini bukan sahaja di amalkan di pusat temuduga SPA malahan ianya sudah di amalkan hampir setahun yang lalu. SOP ini wujud bagi memastikan keselamatan seluruh rakyat Malaysia.

Antara tatacara pematuhan SOP pencegahan COVID -19 di pusat temuduga SPA adalah seperti berikut:-

1) Calon atau urus setia WAJIB memakai pelitup muka dan perlindungan muka sepanjang masa

Penggunaan pelitup muka bagi memastikan setiap individu mendapat perlindungan daripada terjangkiti virus ini. 

TAHUKAH ANDA!!!

Virus COVID -19 ini merupakan virus yang mudah tersebar melalui udara. Justeru itu, dengan menggunakan pelitup muka, kadar kebolehjangkitan adalah rendah berbanding dengan mereka yang tidak menggunkan pelitup muka.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

2) Amalkan penjarakan sosial 1.5 Meter setiap masa

Di pusat temuduga, penemuduga mahupun calon yang bakal di temuduga WAJIB mengamalkan penjarakan sosial sejauh 1.5meter setiap individu. Hal ini bagi memastikan keselamatan mereka semua.

Penjarakan sosial ini amat penting kerana dengan wujudnya penjarakan sosial ini penyebaran virus akan lebih lambat. Justeru itu, setiap calon mahupun penemuduga WAJIB mematuhi penjarakan sosial ini.

Manakala, di pusat temuduga pihak SPA perlu melakukan:-

  • Penemuduga akan duduk jarak antara penemuduga yang lain (sekiranya mempunyai penemuduga lebih daripada satu penenmuduga)
  • Penyusunan kedudukan antara calon dan penemuduga adalah sejauh 1.5 meter
  • Pihak SPA akan menghadkan masa sesi temuduga bagi setiap calon 

3) Melakukan saringan kesihatan serta mengimbas MySejahtera di pusat temu duga
Tatacara pematuhan SOP


Amalan mengimbas MySejahtera sebelum memasuki mana-mana kawasan adalah suatu kebiasaan. Justeru itu, mengimbas MySejahtera bukanlah suatu yang sukar bagi calon mahupun urus setia tetapi yang menjadi sukar bagi semua adalah saringan kesihatan.

Hal ini disebabkan, masih ramai yang TIDAK prihatin akan keadaan diri sendiri dan orang sekeliling. Pada masa yang sama, pasti ramai yang tidak peka akan kesihatan semasa mereka kerana terlalu mengejar untuk menghadiri temuduga SPA ini.

PERINGATAN!!!

Kita masih belum menang dalam menagani pandemik ini. Maka jangan terlalu MEMENTINGKAN diri sendiri sehingga membahayakan orang lain. Pastikan anda betul-betul sihat sebelum menghadiri sesi temuduga ini.

Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

***JAGA KESIHATAN DAN PEMAKANAN SEBELUM MENGHADIRI SESI TEMUDUGA INI***

Bagi calon yang mempunyai masalah di atas DINASIHATI untuk TIDAK menghadiri sesi temuduga ini. Ianya bagi melindungi mereka yang sihat daripada terjangkiti. Sekiranya anda merasa kurang sihat sebelum memghadari sesi temuduga ini, anda DINASIHATI untuk mendapatkan dahulu rawatan doktor bagi memudahkan urusan anda di pusat temuduga nanti.

4) Mencuci tangan menggunkan hand santizer yang telah disediakan

Mencuci tangan bagi memastikan segala virus atau kuman yang berada di tangan. Ikuti setiap langkah mencuci tangan yang betul bagi memastikan pengguna hand santizer tidaklah sia-sia. 7 langkah mencuci tangan dengan betul adalah seperti berikut:-
SPA :Tatacara Pematuhan SOP di Pusat Temuduga SPA 1


5) Calon akan dibenarkan masuk ke pusat temuduga 30 minit sebelum masa temu duga

Tujuan utama pihak SPA mengawal kemasukan calon lebih awal daripada waktu temuduga bagi MENGELAKKAN perkumpulan secara beramai-ramai tanpa disedari. Justeru itu, calon hanya akan dibenarkan masuk 30 minit awal sebelum masa di temuduga.

PERINGATAN!!!

Calon sama sekali dilarang untuk bersalaman, bersentuhan dan berlegar-legar di ruang temuduga tanpa tujuan. Pada masa yang sama, calon TIDAK boleh membawa pengiring atau ahli keluarga ke premis SPA atau pusat temu duga.

Diharapkan penerangan ini mampu membantu memudahkan lagi anda untuk menghadiri sesi temuduga SPA. Setiap satu tindakan yang anda ambil mampu mengubah masa hadapan bangsa dan Negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *