Semenjak beberapa tahun yang lepas, Kementerian Pelajaran telah memulakan pendaftaran peperiksaan atas talian (online examination).
Masalah berkaitan seperti kepayahan untuk log masuk, ‘system hangs’, kehilangan data, daftar msuk yang berulang kali, proses yang lama dan bermacam lagi timbul sejak dari itu hingga kini.
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) adalah untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. Apa itu SPPBS?
Walaubagaimanapun banyak aduan yang dibuat oleh para guru sendiri mengenai sistem ini yang telah memakan masa mereka untuk mengajar kerana kelembapan sistem tersebut. Juga masa banyak dihabiskan untuk memastikan segala maklumat pelajar telah dimuat naik mengikut ketetapan masa. Ini telah menekan guru.
Namun yang lebih ingin diketenghkan disini bukanlah semata-mata kelembapan sistem tersebut yang mana hanya sesuai di buka menggunakan Internet Explorer. Masalahnya adalah “Mengapa mesti memuat naik setiap profil pelajar ke Putrajaya yang menjadi pusat”.
Ya, ia mungkin memudahkan pengurusan di peringkat atas tetapi sangat menyusahkan para guru untuk menghabiskan masa memuat naik sagala maklumat ke dalam sistem. Sedangkan para guru sepatutnya mempunyai lebih masa untuk pelajar mereka.
Pada pendapat saya yang kerdil ini, adalah lebih baik semua maklumat itu di sekolah tersebut. Tidak perlulah setiap maklumat dan prestasi setiap pelajar ingin di ambil tahu di peringkat atasan, Mungkin ia bagus untuk penyelidikan dan penambahbaikan namun kita harus sedar diri bahawa negara kita masih belum mampu untuk mempunyai sistem begitu tanpa sebarang masalah kerana kita belum maju sepenuhnya.
Kementerian juga telah menetapkan target untuk membolehkan para ibu bapa mendapat akses untuk melihat prestasi anak-anak melalui atas talian (online). Namun, bukankah lebih baik sekiranya abu bapa datang ke sekolah dan berjumpa guru-guru bagi membincangkan permasalahan anak?
Memang benar, teknologi membantu dalam mempercepatkan proses informasi. Tetapi semua ini bukanlah tanpa kerja keras terutamanya oleh guru-guru.
Guru adalah sebaiknya menghabiskan masa bersama pelajar untuk memastikan perkembangan pelajaran mereka bukannya berdepan komputer untuk melakukan kerja-kerja memasukkan data.
Biarkan guru mengajar!
Wassalam
Disediakan oleh: niaron