SSPN-I plus : 5 langkah mudah untuk membuka akaun SSPN-I Plus buat anak anda. Hal ini disebabkan pembukaan akaun SSPN-I plus ini bagi memudahkan urusan ibu bapa untuk membantu anak menyambung pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, 5 langkah ini dapat memudahkan lagi urusan ibu bapa dalam membuka akaun SSPN-I ini untuk anak.
TAHUKAH ANDA!!!
Dengan membukan akaun SSPN-I Plus atau akaun SSPN boleh membantu ibu bapa mendapat pelepasan dalam pengiraan cukai sebanyak RM250.00. Justeru itu, amatlah disarankan ibu bapa membuka akaun SSPN untuk anak bagi mendapat pelepasan cukai.
5 Langkah Mudah Untuk Membuka Akaun SSPN-I Plus
Terdapat 5 langkah mudah untuk membuka akaun SSPN-I plus adalah seperti berikut:-
Langkah 1 : Masukan No kad pengenalan anda dan anak anda
Setelah anda memasukan no kad pengenalan anda dan anak anda untuk membuka akaun SSPN-I plus. Setelah itu, pilih pakej SSPN-I mengikut pilihan anda. Terdapat 6 pakej bulanan yang bermula caruman serendah:-
- RM 30
- RM 50
- RM 100
- RM 200
- RM 300
- RM 500
Dengan adanya kepelbagaian caruman bulan ini dapat membantu meringankan ibu bapa untuk menyimpan duit buat masa hadapan anak-anak menerusi akaun SSPN-I ini.
PERINGATAN!!!
Caruman atau pakej yang disediakan adalah pelbagai bagi memastikan membantu golongan B40 juga mampu mencarum untuk akaun SSPN-I plus ini. Ianya bagi menjamin masa hadapan anak-anak.
Langkah 2 : Lengkapkan butiran diri anda dan anak anda
Langkah kedua ini sangat PENTING kerana anda perlu melengkapkan butiran diri dan anak anda. Dengan melengkapkan butiran diri dan anak lebih memudahkan urusan membuat Akaun SSPN-I ini.
Langkah 3 : Pilih bayaran bulanan Akaun SSPN-I plus
Langkah yang seterusnya adalah, anda perlu memilih cara pembayaran untuk wang simpanan Akaun ini. Anda boleh memilih 3 cara iaitu saamada:-
- Potongan secara autodebit
- Potongan secara direct debit
- Potongan gaji secara berkala
Dengan pemilihan ini memudahkan urusan pendeposit dalam membuat pembayaran. Justeru itu, pendeposit perlu memilih cara yang paling mudah untuk melakukan urusan pembayaran.
Langkah 4 : Lakukan deposit pembayaran pembukaan Akaun
Lakukan deposit pembayaran pembukaan akaun setelah lengkapkan butiran diri dan anak. Pada masa yang sama, setelah anda selesai memilih cara pembayaran bulanan maka anda boleh melakukan pembayaran deposit untuk tujuan pembukaan Akaun.
Langkah 5 : Simpan resit dan salinan pembukaan Akaun
Setelah selesai melakukan pembayaran, anda perlu menyimpan resit dan salinan pembukaan akaun. Ianya bagi memudahkan urusan anak dalam melakukan permohonan Pinjaman Pelajaran PTPTN pada masa akan datang kelak. Pada masa yang sama, penyimpanan resit dan salinan pembukaan Akaun bagi memudahkan urusan ibu bapa untuk membuat pemotongan cukai tahunan.
Bagi ibu bapa yang baru sahaja ingin membuka akaun SSPN-I plus anak-anak, ibu bapa memerlukan deposit MINIMUM sebanyak 2 bulan mengikut pakej yang dipilih. Bagi pemotongan secara auto debit, hanya 4 Bank sahaja yang diterima iaitu:-
- Maybank
- RHB bank
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Bank Islam
Sekiranya anda TIDAK mempunyai 4 jenis bank ini, anda perlu membuat potongan secara direct debit. Hal ini disebabkan, selain daripada 4 jenis bank ini anda hanya boleh membuat direct debit.
TAHUKAH ANDA!!!
Segala urusan pendaftaran hanya memerlukan masa 5 minit sahaja. Hal ini disebabkan, dunia kini hanya dihujung jari dan hanya memerlukan masa yang pendek untuk membuat pendaftaran.
Anda hanya perlu KLIK DISINI untuk melakukan pendaftaran secara atas talian.
TAHUKAH ANDA!!!
Pelan Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN) dengan perlindungan takaful komprehensif serta merta. Simpanan di SSPN-I plus demi masa depan anak-anak yang lebih terjamin.
Kelebihan pembukaan Akaun SSPN-I plus
Kelebihan Akaun SSPN-I plus adalah seperti:-
- Simpanan dijamin kerajaan
- Simpanan SSPN-I plus patuh syariah
- Dividen Kompetitif
- Elaun kemasukan Hospital
- Tiada Pemeriksaan Kesihatan
- Pelepasan Taksiran Cukai
- Manfaat perlindungan
- Khairat kematian
- Manfaat takaful
- Layak emmohon Pinjaman PTPTN
- Komitment serendah RM 30 sebulan
Setiap satu kelebihan pembukaan Akaun SSPN-I plus ini akan dapat dirasai oleh setiap pendeposit. Justeru itu, diharapkan pendeposit TIDAK melepaskan segala peluang yang ada kerana peluang hanya akan datang sekali sahaja seumur hidup.