SSPN adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional. SSPN ini merupakan pelan Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional dengan Perlindungan Takaful Komprehensif serta merta. Justeru itu, simpanlah wang di SSPN-i Plus demi amsa depan anak-anak yang lebih terjamin.
SSPN : Keistimewaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2021
Bagi ibu bapa yang menyimpan wang di Skim Simpanan Pendidikan Nasional ini mereka akan memperolehi pelbagai keistimewaan. Justeru itu, simpanlah wang di Skim Simpanan Pendidikan Nasional kerana mereka akan memperoleh keistimewaan yang tidak ada di mana-mana bank.
“Nikmati pelbagai faedah dan manfaat bersama SSPN-i Plus”
Antara keistimewaan Skim Simpanan pendidikan Nasional 2021 adalah seperti:-
- Simpanan anda dijamin oleh kerajaan
Simpanan Pendidikan ini merupakan salah satu simpanan pendidikan yang DIJAMIN oleh pihak kerajaan. Justeru itu, anda TIDAK akan rugi sekiranya men yiman wang di dalam Simpanan Pendidikan Nasional ini. Malahan anda akan memperoleh faedah seperti mana anda menyimpan di bank-bank yang terkemuka.
INFO TAMBAHAN!!!
Bagi anak yang sudah mempunyai akaun Simpanan Pendidikan Nasional ini maka mereka akan mudah atau LAYAK untuk memohon pinjaman PTPTN semasa melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Universiti.
-
Patuh Syariah
Simpanan Pendidikan Nasional ini merupakan wang simpanan yang patuh Syariah. Justeru itu, JANGAN risau untuk membuat simpanan di skim Pendidikan Nasional ini.
-
Dividen Kompetitif
Dividen yang diterima oleh penyimpan adalah kompetitif dan berbaloi. Justeru itu, penyimpan TIDAK akan berasa rugi sekiranya membuat simpanan kerana mereka memperoleh manfaat dalam simpanan mereka. Dengan adanya dividen yang kompetitif ini maka anda boleh menambah wang simpanan tanpa anda sedari.
-
Elaun Kemasukan Hospital
Elaun kemasukan Hospital merupakan salah satu keistimewaan bagi penyimpan yang sudah membuka akaun SSPN ini. Walaubagaimana sekalipun, elaun kemasukan hospital ini mempunyai terma dan syarat yang TERTENTU. Justeru itu, anda perlu mendapatkan rujukan yang selanjutnya daripada pihak SSPN ini.
“FAHAMI betul-betul terma dan syarat untuk mendapatkan elaun kemasukan hospital agar tidak tersalah faham akan syaratnya”
-
Pelepasan Taksiran Cukai
Apabila sebut sahaja pelepasan taksiran cukai, ianya akan menjadi rebutan ibu bapa kerana mereka akan mendpaat pengurangan pembayaran cukai BUKAN TIDAK perlu membayar cukai. Pelepasan Taksiran Cukai yang disediakan adalah sehingga RM15,000.
KLIK DISINI bagi ketahui berkenaan dengan Pelepasan Cukai Taksiran
-
Manfaat Perlindungan
Manfaat lain yang disediakan kepada penyimpan adalah manfaat perlindungan. Manfaat perlindungan yang disediakan oleh pihak SSPN-i Plus adalah perlindungan sehingga RM1,000,000. Manfaat perlindungan ini mengikut pakej yang dipilih oleh penyimpan.
-
Khairat Kematian
Keistimewaan yang lain adalah, khairat kematian. Khairat kematian ini termasuklah pasangan dan sehingga 3 orang anak yang berada dibawah tanggungan penyimpan. Khairat kematian ini boleh dituntut oleh pasangan yang sudah meninggal dunia meneusi terma dan syarat yang telah disediakan oleh pihak SSPN.
-
Manfaat Takaful
Manfaat takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal. Anda boleh mengetahui 36 jenis penyakit kritikal yang boleh dituntut pada surat yang anda tandatangani semasa membuat pembayaran.
Manfaat takaful ini bergantung kepada pakej pembayaran yang penyiman pilih. Semakin tinggi pemilihan pakej maka semakin banyak manfaat takaful yang bakal penyimpan perolehi.
***BACA BETUL-BETUL PERJANJIAN YANG ANDA TANDATANGANI ITU***
-
Komitmen Serendah RM30 Sebulan
Bagi ibu bapa yang bukan di dalam kalangan M40, mereka akan mengalami masalah dalam membuat penyimpanan wang. Justeru itu, pihak SSPN telah menyediakan komitmen serendah RM30 sebulan atau terdapat pakej lain yang disediakan oelh pihak SSPN.
Antara pakejnya adalah seperti:-
1) Intan (RM30/ bulan)
Simpanan sebanyak RM 20 dan sumbangan takaful RM10 setiap bulan
2) Delima (RM50/ bulan)
Simpanan sebanyak RM 40 dan sumbangan takaful RM10 setiap bulan
3) Topas (RM100/ bulan)
Simpanan sebanyak RM 90 dan sumbangan takaful RM10 setiap bulan
4) Zamrud (RM200/ bulan)
Simpanan sebanyak RM 180 dan sumbangan takaful RM20 setiap bulan
5) Nilam (RM300/ bulan)
Simpanan sebanyak RM 270 dan sumbangan takaful RM30 setiap bulan
6) Berlian (RM500/ bulan)
Simpanan sebanyak RM 200 dan sumbangan takaful RM 300 setiap bulan
Kemudahan Deposit Bulanan
Disebabkan dunia kini hanya di hujung jari, maka cara deposit wang bulanan juga semakin mudah. Hal ini disebabkan oleh kepelbagaian saluran dan kemudahan yang telah disediakan untuk mendeposit wang simpanan tersebut. Antara cara deposit bulanan adalah dengan cara :-
- Potongan Gaji
- Auto Debit
- Direct Debit
- Perbankan Internet
Keempat-empat cara ini merupakkan salah satu cara mudah untuk emndeposit wang simpanan bulanan. Penyimpan yang bakal memilih cara pendeposit bulanan mereka.
***ANDA BUAT ANDA PILIH CARRA DEPOSIT YANG MEMUDAHKAN KEHIDUPAN HARIAN ANDA***
Rujukan:-
https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/main?id=000002702#utama