STPM Layak Mohon Universiti Oxford dan Universiti Luar Negara Terkemuka

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

STPM Layak Mohon Universiti Oxford. Jangan anda merendahkan STPM, hal ini kerana Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM juga menjadi salah satu kelayakan untuk memohon kursus pengajian di beberapa universiti terkemuka seperti Universiti Oxford, Universiti Cambridge dan Universiti Liverpool.

Mohon Universiti Oxford

Mohon Universiti Oxford

STPM masa kini melalui pelbagai pembaharuan dan ia kini mula dilihat penting dan berharga. Walaupun demikian, masih ada pelajar yang menjadikan ia pilihan kedua dan pilihan tidak popular kerana tidak yakin dengan masa depan selepas mengambil SPTM.

Sebenarnya STPM mempunyai banyak kelebihan seperti :

  • Lebih jimat kos pengajian
  • Terus ke Ijazah sarjana muda selepas pengajian
  • STPM diterima permohonan luar negara

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan mengambil STPM ini, walaubagaimanapun demikian kebanyakan pelajar yang tidak memilih ke STPM kerap beralasan dengan perkara-perkara berikut :

  • Situasi sama disekolah
  • Malu dengan rakan dan guru sekolah semasa
  • Bosan dengan kehidupan sekolah
  • Mahukan sesuatu yang baru dalam belajar

Kebanyakan alasan tidak memilih STPM adalah berkisarkan faktor perasaan diri sendiri dan ada kalanya lupa memikirkan masa depan. Sepatutnya kemahuan diri dan persepsi diri bukan menjadi keutamaan tetapi perancangan masa depan penting dalam menentukan pendidikan.

STPM Melayakkan Anda ke Universiti Luar Negara Terkemuka

Pihak kami ada membuat tinjauan ke laman web beberapa universiti terkemuka dunia. Hasil carian kami jelas menunjukkan STPM menjadi salah satu kelayakan permohonan  pelajar dari International ke kursus pegajian yang ditawarkan.

Universiti Oxford

Universiti Oxford terletak di England dan laman rasmi universiti ini adalah http://www.ox.ac.uk/

Universiti Oxford

Universiti Cambridge

Universiti Cambride terletak di England dan laman rasmi berkaitan ialah https://www.undergraduate.study.cam.ac.uk/malaysia

Universiti Liverpool

Univeriti Liverpool terletak di England dan laman rasmi https://www.liverpool.ac.uk/

Universiti Liverpool

Universiti Liverpool

Kesemua maklumat yang anda lihat ini datangnya terus dari laman rasmi mereka dan segala maklumat ada tertera di page permohonan pengambilan persediaan ijazah mereka. Jadi, buatlah pilihan bijak, tidak perlu taksub dengan apa yang orang lain kata, sebaliknya percaya pada diri sendiri dan buatlah keputusan berdasarkan minat, perancangan dan kebolehan sebenar.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x