Strategi Betul Pilih Kursus Pengajian Tinggi Lepasan SPM dan STPM

0
49

Pastinya ramai yang keliru untuk pilih kursus pengajian. Kami sediakan strategi untuk anda membuat pilihan supaya pilihan yang anda buat menepati dan mempunyai masa depan yang cerah. Selepas keluar keputusan SPM dan STPM, seperti tahun sebelumnya anda perlu memilih kursus pengajian di UPU online. Jika dilihat terlalu banyak kursus dan institusi yang ditawarkan untuk dipilih. Oleh kerana pilihan yang banyak akan timbul persoalan seperti berikut :

  • Kursus apa yang sesuai?
  • Kursus yang mudah dapat kerja?
  • Universiti yang terbaik?
  • Yang mana perlu dipilih?
  • Adakah cukup syarat memohon?
  • Minat kursus tersebut tetapi dihalang ibu bapa.
Pilih Kursus
Pilih Kursus

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang timbul, kesemua persoalan tersebut dapat diatasi jika anda mempunyai strategi yang betul untuk memilik kursus. Jika anda memilih dengan strategi yang tersusun sebenarnya memberikan kepusan dan memudahkan anda memilih kursus yang menepati diri anda.

Strategi Pilih Kursus Pengajian UPU

Langkah 1 ( Kenali minat sebenar anda )

Langkah pertama ialah anda perlu kenali diri anda, apa yang anda rasa minat tidak sama seperti hakikat sebenar minat anda,  anda perlu bertemu kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling untuk mengetahui potensi diri, minat anda. Kaunselor akan memberi anda pengujian minat kerjaya untuk mengenalpasti minat sebenar anda.

Baca Juga :  Tips Persediaan Memulakan Pembelajaran

Langkah 2 ( Pilih kursus yang menepati keputusan akademik anda )

Setelah anda mengetahui minat anda, tunggu keputusan peperiksaan keluar. Dengan keputusan peperiksaan tersebut anda perlu memilih kursus pengajian sesuai dengan syarat kemasukan. Peringkat ini anda perlu menyenarai pendek kursus-kursus pengajian yang anda layak mohon. Semakin tinggi keputusan peperiksaan anda, semakin banyak pilihan yang akan anda perolehi. Untuk menyenarai pendek pilihan pengajian, anda boleh menggunakan aplikasi pilih kursus mengikut syarat kelayakan yang disediakan oleh UPU. Anda boleh baca cara penggunaan sistem seperti yang kami tunjukkan . ( maklumat lanjut )

Langkah 3 ( Tulis 10 Pilihan Kursus yang anda layak )

Semasa menggunakan sistem tersebut, anda akan diberikan senarai pendek kursus pengajian dan universiti yang anda layak mohon berdasarkan keputusan anda. Antara pilihan tersebut anda utamakan pilihan anda mengikut ciri berikut :

  • Kursus yang anda minat
  • Kursus yang mudah dapat pekerjaan
  • Kursus mudah diterima
  • Universiti yang sesuai dengan anda
  • Komen-komen positif rakan senior/ ibu bapa/ golongan profesional
  • Maklumat positif dari media massa/ internet
Baca Juga :  Saps Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan

Setelah anda kenalpasti mengikut ciri tersebut, pastinya anda dah boleh menyenaraikan 10 pilihan kursus yang anda pilih.

Langkah 4 ( nomborkan mengikut keutamaan pilihan anda )

Setelah berjaya menyenarai 10 kursus pilihan anda, kini anda perlu menomborkan mengikut keutamaan dari 1-10 susunan keutamaan terbaik untuk 10 pilihan tersebut. Untuk menyusun keutamaan sekali lagi anda gunakan ciri-ciri yang diberikan tadi, untuk kali ini anda memilih dengan mengikut keutamaan PALING menepati ciri-ciri tersebut.

Langkah 5 ( Mengisi UPU )

Setelah pilihan dibuat, anda bolehlah mengisi permohonan UPU yang dibuka dengan yakin dan tenang.

Hasil akhir pilihan anda pastinya sesuai dengan minat, kebolehan dan juga kelayakan akademik anda. Bila anda berjaya ditawarkan kursus pegajian kelak, pastinya anda tidak mempunyai masalah untuk belajar denagn cemerlang kerana ia sebenarnya sesuai dengan minat anda dan anda telah mengetahui kelemahan dan kebaikan pengajian tersebut kerana anda telah terlebih dahulu mendapatkan informasi pemilihan sebelum ini. Moga berjaya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :