Subjek Diploma Farmasi UITM Mengikut Semester

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Diploma Farmasi UITM
Diploma Farmasi UITM

Menurut penghantaran pelawat, mungkin ada yang mencari hal berkaitan Diploma Farmasi UITM terutama yang telah ditawarkan pengajian di UiTM. Untuk menamatkan pengajian diploma di Universiti seharusnya calon menghabiskan semester dan subjek yang ditetapkan dengan baik supaya melayakkan menerima Diploma diakhir pengajian. Sebenarnya setiap tahun tawaran subjek dan kursus pengajian berkemungkinan berubah, sebaiknya calon perlulah sentiasa bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut dengan pihak Universiti.

Mengikut pengalaman salah seorang pelawat kami yang telah menamatkan diploma farmasi di UiTM, pengajian dihabiskan dengan 4 semester iaitu setiap semester mempunyai subjek-subjek pengajian yang perlu ditamatkan dengan baik. Setiap subjek pula ada tugasan termasuk bertulis ataupun amali.

Setelah menghabiskan pengajian dalam teori, calon juga akan diminta untuk praktikal di institusi perubatan seperti Hospital atau klinik. Secara ringkas, pengajian adalah berkisarkan ubat-ubatan dan hal kesan ubat jika mengambilnya. Kebiasannya setiap nama dan huraian berkaitan perlu di hafal.

Subjek dalam Diploma Farmasi Uitm

Semester 1

  • CONSOLIDATING LANGUAGE SKILLS
  • FUNDAMENTALS OF ISLAM
  • NATIONAL KESATRIA
  • PRE CALCULUS
  • ICT FOR PHARMACY
  • LIFE SCIENCES
  • INTRODUCTION TO PHARMACEUTICS
  • PHARMACEUTICAL CHEMISTRY 1

Semester 2

  • INTERMEDIATE ENGLISH
  • ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION
  • NATIONAL KESATRIA
  • CALCULUS 1
  • HUMAN ANATOMY AND PHYSIOLOGY
  • MICROBIOLOGY
  • LIQUID DOSAGE FORM
  • PHARMACEUTICAL CHEMISTRY II

Semester 3

  • ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES
  • HEALTH SCIENCE AND PHARMACY IN ISLAM
  • NATIONAL KESATRIA III
  • SEMI SOLID DOSAGE FORM
  • SOLID DOSAGE FORM
  • STERILE PHARMACEUTICS
  • BASIC PHARMACOLOGY AND PHARMACOTHERAPHY OF PERIPHERAL NERVOUS SYSTEM
  • PHARMACOTHERAPY OF CARDIOVASCULAR AND RESPIRATORY SYSTEMS
Info Tambahan :  Temuduga Kerja 2023: Bagaimana untuk Bersedia?

Semester 4

  • FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP
  • HOSPITAL PHARMACY
  • PHARMACOTHERAPY OF CENTRAL NERVOUS SYSTEM, GASTROINTESTINAL, ENDOCRINE AND SKELETAL SYSTEMS
  • CHEMOTHERAPEUTICS, DERMATOLOGICALS AND IMMUNOLOGICALS
  • SOCIAL PHARMACY AND PUBLIC HEALTH
  • INTRODUCTION TO STATISTICS

Semester permulaan biasanya banyak perkara asas dalam pengajian, subjek universiti banyak membantu meninggikan lagi pointer. Walaubagaimanapun ada juga subjek farmasi yang perlu diambil tetapi ia adalah lebih mudah kerana bersifat pengenalan. Subjek seperti ICT for Pharmacy, Life sciences lebih mudah kerana ia lebih kurang sama dengan Biologi semasa SPM sebelum nya.

Semester seterusnya pelajaran lebih mencabar, kebanyakan memang memerlukan usaha kuat terutama menghafal apa sahaja ubatan dan juga jenis-jenis tindakbalas.

Syarat Kemasukan Diploma Farmasi UiTM

Menurut Sumber Laman rasmi UiTM, syarat kemasukan adalah seperti berikut :

Syarat Am

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu DAN lulus Sejarah

Syarat Khas

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat minima Gred C+ dalam mata pelajaran:

  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Biologi

DAN

  • Bahasa Inggeris minima Gred B

Jika mengikut syarat yang ditetapkan, tidaklah terlalu sukar untuk diterima dalam pengajian ini. Minima gred C + diperlukan untuk 3 subjek iaitu matematik atau matematik tambahan, kimia dan biologi. Bahasa inggeris juga penting untuk kelayakan memohon iaitu minima Gred B. Bahasa Inggeris ini penting kerana hampir semua pengajianberkaitan farmasi akan menggunakan bahasa Inggeris .

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Diploma Farmasi juga menerima calon dari Pra Diploma, untuk pra diploma kelayakan adalah dari pra diploma sains dengan minimum HPNG 3.0.

Secara asasnya, bagi yang berhasrat ingin meneruskan pengajian ke farmasi perlulah bersedia lebih awal dengan mengutamakan subjek sains terutama matematik/ matematik tambahan, kimia dan juga biologi. Subjek tersebut boleh diambil samada dari SPM ataupun dari pra diploma. Untuk pengetahuan, walau tidak mengambil pra diploma farmasi sebenarnya dengan mengambil pra diploma sains juga layak memohon.

Begitu juga yang berminat untuk mengikuti ijazah farmasi, diploma sains juga boleh memohon dan menepati syarat. Selain itu juga ada lagi diploma yang melayakkan calon untuk memohon ke bidang farmasi ini.

Kesimpulannya, setiap apa yang kita pelajari haruslah disertakan dengan minat dan usaha yang lebih. Setiap usaha yang dilakukan sebenarnya akan membentuk pengalaman dan ilmu untuk menjadikan seseorang yang lebih pakar.

Sedikit kesukaran mungkin akan timbul apabila belajar berkaitan dengan kimia ini, tetapi sebenarnya bagi yang telah biasa dan minat pasti dapat menamatkan pengajian dengan jaya.

Untuk pengetahuan, segala maklumat berkaitan farmasi ini mungkin berubah mengikut tahun dan setiap universiti juga akan berlainan. Adalah lebih baik setiap calon membuat kajian dan pembacaan terlebih dahulu dari sumber yang boleh dipercayai dan bertanya dari institusi yang dipilih.

 

12 thoughts on “Subjek Diploma Farmasi UITM Mengikut Semester

  1. hai, buat adik adik yang ingin menceburi bidang farmasi dan perubatan sangatlah digalakkan kerana sekarang Mesia memerlukan tenaga kerja perubatan yang banyak, bidang farmasi tidaklah terlalu sukar dan menyeronokkan..jika ingin bertanya lanjut silakan wsp madam sue -nanti madam guide dan bagi info k…nak tanya tentang diploma farmasi di IJN college kl pun bole…IJN ni yang institut jantung negara tu…ok anything bole wsp miss ya.

  2. Salam, Saya seorang pendidik.Boleh saya tahu berapa jumlah credit hour satu semester? juga berapa credit core subjects keseluruhan. Untuk praktikal ada dikira credit ka?

    1. Wsalam, ia bergantung pada institusi tempat kita praktikal..kebanyakan praktikal di farmasi swasta yang berkewangan kukuh kebiasannya akan memberikan gaji walaupunn tidak penuh.

  3. Apakah kelayakan dip farmasi utk ambil degree kelak?
    Satu lagi adakah layak dip farmasi utk apply degree dentistry UiTM kelak?

  4. Maaf, saya nak tanya.
    Kalau student SPM lepas syarat kelayakan untuk diploma farmasi iaitu Bio dan Kimia C+ , Fizik dan AddMaths B+ , adakah dia berpeluang untuk dapat tawaran dip farmasi di uitm? Atau competition memang tinggi?

  5. bolehkah saya tahu kalau dapat 5 credit…tetapi saya x ambe addmath,sains tulen.dan saya punya sains A..Bolehkah saya dapat sambung diploma in pharmacy?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *