

Walaubagaimaan sekalipun, keputusan STPM 2020 merupakan salah satu contoh terbaik bagi setiap pelajar kerana hambir 70% pelajar lepasan STPM 2020 berjaya meraih keputusan yang cemerlang. Justeru itu, apa yang diraguikan lagi.
Subjek Tingkatan 6 ini BUKAN subjek yang mengerunkan tetapi lebih kepada subjek yang sesuai buat usia mereka. Tanpa cabaran semasa STPM bagaimana hendak anda hadapi cabaran di alam universiti? Justeru itu, sahutllah cabaran untuk memasuki ke Tingkatan 6 sekiranya anda mendapat tawarannya.
“Tiada sesuatu yang mudah tanpa cabaran yang mampu membangkitkan semangat anda”
Subjek Tingkatan 6 2021
Bagi pelajar lepasan SPM, mereka pasti sudah ketahui setiap aliran yang ada di Tingkatan 6 ini. Aliran yang ditawarkan adalah seperti:-
- Aliran Sains
- Aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama)
SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 6
Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan 6 adalah LULUS SPM dengan mendapatkan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi melayakan diri untuk memasuki ke aliran:
- Sains Sosial jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang TERBAIK mestilah TIDAK MELEBIHI 12 mata unit
- Aliran Sains TIDAK MELEBIHI 18 mata unit
- Aliran Agama TIDAK MELEBIH 14 mata unit
PERINGATAN!!!
Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan calon-calon yang TIDAK mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulai pada pengambilan sesi 20212 setelah diluluskan oleh Masyarakat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012. Justeru itu, sebanyak 22 mata pelajaran yang telah ditawarkan dalam subjek ini. Daripada 22 yang ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM, namun hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih TERMASUK mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran WAJIB.
“Mata pelajaran MUET WAJIB diambil oleh semua murid”
Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:-
- Kod 900 : Pengajian Am (WAJIB DIAMBIL)
- Kod 910 : Bahasa Melayu
- Kod 911 : Bahasa Cina
- Kod 912 : Bahasa Tamil
- Kod 913 : Bahasa Arab
- Kod 920 : Literature in English
- Kod 922 : Kesusasteraan Melayu Komunikatif
- Kod 930 : Syariah
- Kod 931 : Usuluddin
- Kod 940 : Sejarah
- Kod 942 : Geografi
- Kod 944 : Ekonomi
- Kod 946 : Pengajian Perniagaan
- Kod 948 : Perakaunan
- Kod 950 : Mathematics (M)
- Kod 954 : Mathematics (T)
- Kod 958 : Information and Communications Technology (ICT)
- Kod 960 : Physics
- Kod 962 : Chemistry
- Kod 964 : Biology
- Kod 966 : Sains Sukan
- Kod 970 : Seni Visual
INFO TAMBAHAN!!!
Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan TIngkatan 6 ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah (soft skill)
Kehidupan Tingkatan 6 hampir sama dengan kehidupan semasa di sekolah Menegah. Justeru itu, semua murid Tingkatan 6 WAJIB terlibat dalam aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan pengiraan dua markah tertinggi dalam bidang berikut:-
- Kelab/ persatuan
- Sukan/ permainan
- Badan beruniform
Kokurikulum ini PENTING kerana ianya akan menjadi salah satu mata merit untuk KELAYAKKAN untuk memasuki ke alam Universiti. Sekiranya kita kurang mata merit dalam bidang kokurikulum ditakuti sukar untuk memasuki bidang yang diingini.
Pentaksiran Dan Yuran
Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (Wajaran 60-80%) dan kerja kursus (wajaran 20%-40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Justeru itu, murid mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat P1, P2 dan P3. Pada masa yang sama, pelajar perlu melaksanakan kerja kurus yang disediakan oleh tenaga pengajar.
KELEBIHAN TINGKATAN 6
Pelajar akan memperoleh keputusan setiap penggal peperiksaan dan sekiranya mereka mahu memperbaiki keputusan peperiksaan P1 dan P2 pelajar perlu menduduki peperiksaan U1 dan/ atau U2. Dengan cara itu pelajar boleh memperbaiki keputusan untuk melayakkan diri memasuki bidang pengajian yang di ingini di Univeristi.
TAHUKAH ANDA!!!
Pentafsiran peperiksaan murid dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga penggal. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal seperti berikut:-
Terbaik (P1 atau U1) + (P2 atau U2) +P3 +Kerja kurusu = keputusan CGPA STPM.
Diharapakan dengan wujudnya sedikit perkongsian berkenaan dengan subjek tingkatan 6 serta cara pentafsiran dan kelebihan tingkatan 6 ini mampu membuka mata pelajar untuk memilih kepentingan memasuki Tingkatan 6 ini. Jangan terlalu memandang sesuatu kejayaan yang BUKAN milik kita, pandanglah kejayaan yang sudah terbentang luas untuk diri kita.
“ALLAH berikan sesuatu berdasarkan keupayaah kita BUKAN berdasarkan siapa diri kita”
Rujukan :-
https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/tingkatan-6/pentaksiran-yuran
hi, nk tnye after tamat stpm, kita bole terus sambung degree kan? contoh saya ambil jurusan sains sosial semasa stpm, jadi course apa saja yg saya bole ambil untuk sambung degree? terima kasih utk jawapan
Ya, lepasan STPM / matrik boleh mohon utk ijazah sarjana muda