Anda baru sahaja mendapat tawaran kemasukan ke tingkatan 6. Anda masih berfikir apa subjek yang akan anda ambil jika hendak sambung pengajian ke tingkatan 6. Biasanya ada banyak pilihan subjek matapelajaran yang boleh anda pilih, terpulang dari diri anda sendiri mahu pilih yang mana. Berikut adalah subjek dan matapelajaran di tingkatan 6.
PAKEJ SUBJEK TINGKATAN 6
- Pengajian Am, Matematik T, Fizik, Kimia
- Pengajian Am, Matematik T, Fizik, Biologi
- Pengajian Am, Sejarah, Ekonomi, Pengajian Perniagaan
- Pengajian Am, Sejarah, Geografi, Ekonomi
- Pengajian Am, BM, Sejarah, Seni Visual
- Pengajian Am, BM, Syariah, Sejarah
- Pengajian Am, BM. Sejarah, Geografi
- Pengajian Am, BM, Syariah, Sejarah, Geografi
Pihak sekolah telah menetapkan setiap aliran hanya boleh mengambil 4-5 subjek sahaja mengikut aliran yang anda pilih. Setiap pakej ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk melayakkan anda ke pengajian yang lebih tinggi.
Semua pakej yang disenaraikan itu adalah subjek yang boleh anda pilih mengikuti minat anda sendiri. Untuk pengetahuan tidak semua sekolah ada menyediakan pakej tersebut anda kena pilih sendiri sekolah mana yang menyediakan aliran yang anda mahu.
Semoga bermanfaat buat anda semua yang sedang mencari informasi berkaitan subjek tingkatan 6.