Info ini khusus untuk lepasan STPM / setaraf yang Berjaya ke IPTA untuk mengikuti Ijazah sarjana muda baru-baru ini. Pihak kami mencari bakal mahasiswa/i seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Calon STPM/setaraf ( Semakan Keputusan UPU Ogos 2014 )
- Yatim atau Yatim piatu
- Menerima tawaran ke IPTA
- Ahli fanpage, langganan xpresi .org atau saudara mara terdekat.
- Ada akaun bank ( untuk kami transfer duit )
Jika anda seperti dinyatakan diatas, sila maklum kepada kami dengan ikuti langkah dibawah :
- Maklumkan kami dengan email ke :
Tutup
- Sila nyatakan nama anda? Universiti yang ditawarkan? Program pengajian ditawarkan? Yatim @ yatim piatu? Tarikh kehilangan mereka?.
Cara pemilihan
- Dari senarai diutamakan calon paling baru kehilangan ibu/ ayah.
- Diutamakan ahli fanpage, langganan xpresi.org atau saudara mara terdekat ahli.
- Pencarian dibuka hari ini sehingga 18 Ogos 2014 ( Isnin ).
- Hanya yang berjaya sahaja akan dihubungi kembali melalui email.
- Jika tidak dihubungi sehingga 20 ogos 2014 dikira tidak Berjaya.
Maklumat sumbangan
- Sumbangan adalah dari HAMBA ALLAH.
- Juga individu lain.
- Beberapa jumlah individu yang memenuhi syarat akan dihubungi melalui email sekiranya Berjaya.
- Sumbangan adalah duit tunai, Jumlah sumbangan adalah berpatutan untuk perbelanjaan ke Universiti.
- Polisi kami akan menjaga kerahsiaan dan identiti penerima sumbangan untuk keselesaan ( identiti/ maklumat penting penerima TIDAK AKAN diterbitkan/diguna dimana-mana media kami )
p/s : Mohonlah sekiranya anda memenuhi syarat, belajarlah dengan sungguh-sungguh, anda bukan keseorangan. InsyaAllah.