Surat Perletakan Jawatan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Surat perletakan jawatan

Seringkali kita mendengar seseorang itu perlu melebarkan sayap untuk meningkatkan taraf kehidupan atau kita mahu “growth our carier to other step”. Disebabkan oleh itu, kita mermelukan keyakinan dalam menulis surat perletakan jawatan agar syarikat yang sedang kita bekerja ini tidak berkecil hati akan perletakkan jawatan. Justeru itu, disini kami akan memberi sedikit rujukan cara mudah untuk menulis surat perletakan jawatan.

Surat Perletakan Jawatan

Surat Perletakan Jawatan 1

Perkara penting dalam menulis surat perletakkan jawatan adalah:-

1) Nama, Alamat dan Jawatan pemohon perletakan jawatan

Pemohon WAJIB menulis nama bagi memberi pengesahan kepada pihak majikan berkenaan dengan permohonan perletakkan jawatan yang dipohon. Sekiranya pemohon TIDAK meletakkan nama maka bagaimana pihak majikan ingin mengetahui siapa yang memohon perletakkan jawatan tersebut.

2) Nama Majikan, Jawatan, Nama Syarikat, Alamat Syarikat

Setiap jabatan mempunyai ketua/ majikan yang berbeza. Justeru itu, surat perletakkan jawatan perlu berserta dengan nama majikan bagi memudahkan urusan yang seterusnya.

3) Panggilan tanda hormat

Panggilan tanda hormat seperti puan/ Tuan/ Encik/ Cik bertujuan menunjukan bahawa rasa hormat kita akan pegawai atasan. Justeru itu, panggilan tanda hormat akan disertakan dahulu sebelum memulakan bicara.

4) Tajuk penulisan surat

Tajuk penulisanm surat WAJIB berkenaan dengan tujuan sebenar penulisan surat dilakukan. Sebagai contoh, surat dibuat kerana mahu meletakkan jawatan justeru itu tajuk surat haruslah berkenaan dengan perletakan jawatan notis sebulan. Terdapat beberapa jenis notis perletakan jawatan yang sering digunapakai.

Antara jenis notis perletakkan jawatan adalah seperti berikut:-

Info Tambahan :  Cara Daftar Pengaktifan Online I-Akaun Ahli KWSP

Surat perletakan jawatan

  • Notis perletakan jawatan selama sebulan

Notis perletakan jawatan selama sebulan ini biasa digunapakai oleh pihak syarikat. Hal ini bagi memudahkan urusan pihak syarikat mencari penganti bagi jawatan yang sedang disandang oleh kita. Justeru itu, perletakan jawatan biasanya menggunkan notis sebulan.

  • Notis perletakan jawatan selama seminggu

Notis perletakan jawatan selama seminggu biasanya bagi mereka yang masih belum disahkan jawatan dalam syarikat. Justeru itu, golongan ini boleh meletakan jawatan selama seminggu bagi memudahkan urusan syarikat mengira pembayaran gaji pekerja tersebut.

  • Notis perletakan jawatan 24 jam

Notis perltekan jawatan selama 24 jam biasanya dilakukan bagi pekerja yang kurang berpuas hati dengan pihak pengursan atau mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik. Pada masa yang sama, pihak syarikat yang menawarkan pekerjaan itu mahu kemasukan dengan lebih cepat dan menyebabkan pemohon meletakan jawatan selama 24 jam.

Walaubagaimana sekalipun, perletakan jawatan selama 24 jam ini tidak DIGALAKKAN kerana ditakuti akan menganggu pihak pengurusan syarikat dalam menyelesakan masalah pengurusan. Justeru itu, dalam apa jua keputusan yang diambil perlu memikirkan akan masalah yang bakal dihadapi oleh orang lain.

“Biar mereka membaling najis di muka TETAPI sebagai manusia yang bijak campakan semula dengan air mawar agar mereka ketahui wangian air mawar tersebut”
  • Notis perletakkan jawatan selama 3 bulan
Info Tambahan :  10 Carian Enjin Terbaik Untuk Pelajar

Notis perletakan jawatan selama 3 bulan ini sering digunapakai sekiranya sesebuah syarikat itu menggunkan lesen untuk menjalankan perniagaan. Justeru itu, perletakan jawatan memakan masa agar urusan pertukaran lesen boleh dijalankan dengan baik. Selain itu, bagi memastikan pengurusan lebih mudah menukar lesen yang digunakan.

5) Tujuan perletakan jawatan

Semasa menulis surat, anda WAJIB meletakan tujuan sebenar perletakan jawatan bagi memastikan pihak syarikat ketahui tujuan sebenar surat tersebut dihantar. Selain itu, pemohon juga perlu pastikan tujuan penghantaran surat TIDAK menguris hati pihak syarikat. Hal ini disebabkan tidak semestinya kita meletakan jawatan maka kita tidak akan bekerja semula di syarikat tersebut.

“Pecaturan yang telah ALLAH buat adalah cantik justeru itu dalam apa jua perbuatan pastikan secara berhemah dan sopan”

6) Ucapan ribuan terima kasih

Ucapan ini diberikan kerana pihak syarikat telah melayani dan menyantuni kita dengan baik sekali. Justeru itu, di dalam surat perletakan jawatan kita menyantuni semula syarikat yang pernah kita bekerja sebelum ini. ELAKKAN penggunaan kata-kata kesat walaupun kita kecewa akan pengurusan syarikat yang sedang kita bekerja.

Sekiranya perletakan jawatan ini adalah jalan terbaik bagi melebarkan lagi sayap maka teruskan niat anda. Walaubagaimana sekalipun ELAKKAN menggunakan perkataan yang mampu menguris hati dan perasaan orang lain. Sekiranya kita menjaga hati orang lain maka ALLAH akan menjaga hati kita kerana sesungguhnya ALLAH yang memegang hati setiap manusia.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments