Syarat Am UPUOnline Lepasan Diploma/ Setaraf

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Syarat Am UPUOnline Lepasan Diploma/ Setaraf 1


Permohonan UPUOnline bagi kemasukan sesi akademik 2021 sudah pun dibuka bermula pada 4 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021. Disebabkan oleh itu, penerangan kali ini berkenaan dengan syarat Am UPUOnline lepasan diploma/ Setaraf. Walaupun para pelajar sudah ketahui bahawa permohonan UPU sudah dibuka tetapi mereka masih lagi belum ketahui syarat Am UPUOnline lepasan diploma/ setaraf.

Bagi syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA yang biasa bagi Program Pengajian Lepasan diploma/ Setaraf adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. Kad Pengenalan/My Kad SAHAJA.
  • BUKAN Warganegara memohon terus ke Univeristi Awam berkaitan.
Info Tambahan :  Bekerja dari Rumah: Cara Menjadi Produktif

Syarat Am UPUOnline Lepasan Diploma/ Setaraf

Syarat Am UPUOnline

Bagi syarat Am UPUOnline lepasan diploma/ setaraf mengikut tahap pendidikan adalah seperti berikut:-

1) Lepasan Diploma

Syarat Am bagi lepasan diploma lepasan IPTA/ ILKA/ IPTS adalah sama. Syarat Am bagi lepasan diploma adalah seperti berikut:-

  • ​Kepujian Bahasa Melayu dan LULUS sejarah bagi keputusan SPM
  • ​PNGK : Calon perlu mempunyai kelulusan diploma yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia SERTA
    ​Keputusan mendapat kelulusan senat universiti
  • ​Syarat MINIMUM Malaysian University English Test (MUET) adalah Band 1
“Walaupun syarat MINIMUM MUET kemasukan bagi lepasan diploma adalah band 1 tetapi untuk memasuki ke bidang profesional memerlukan MUET band 3 mata band 4”

***MINIMUM disini bermaksud anda LAYAK memohon UPUOnline tetapi bukan BOLEH MEMILIH bidang yang anda kehendaki***

 

2) STPM peperiksaan BUKAN tahun semasa

  • ​Kepujian Bahasa Melayu dan LULUS sejarah
  • ​Lulusan Peperiksaan STPM dengan mendapat minima Gred C (NGMP 2.00) dalam 3 matapelajaran TERMASUK PENGAJIAN AM
  • Syarat MINIMUM Malaysian University English Test (MUET) adalah Band 1
“Jadi bagi calon lepasan STPM yang terlepas memohon UPUOnline tahun lepas anda masih layak memohon UPUOnline pada tahun ini”

3) Matrikulasi/ Asasi BUKAN tahun semasa

  • Kepujian Bahasa Melayu dan LULUS sejarah
  • ​MINIMUM PNGK adalah 2.00
  • Syarat MINIMUM Malaysian University English Test (MUET) adalah Band 1
“Minimum PNGK 2.00 adalah syarat minimum untuk memohon UPUOnline ini tetapi sekiranya anda mahu mengikuti bidang profesional anda perlu mendapatkan PNGK mengikut syarat Am bidang yang dipohon”

 

Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

4) Lepasan STAM pada tahun 2018 dan SEBELUMNYA

  • Kepujian Bahasa Melayu dan LULUS sejarah
  • ​Tahap MINIMUM pangkat adalah Jayyid
  • Syarat MINIMUM Malaysian University English Test (MUET) adalah Band 1

Pangkat bagi keputusan STAM adalah seperti berikut:
√ Mumtaz (Cemerlang) = PNGK. 4.00
√ Jayyid Jiddan (Kepujian) = PNGK. 3.00
√ Jayyid (Baik) = PNGK. 2.00
√ Maqbul (Lulus) = PNGK. 1.00
√ Rasib (Gagal) = PNGK. 0.00

5) Pra-U

  • Kepujian Bahasa Melayu dan LULUS sejarah
  • ​Pra-U Lulusan sekolah sukan Malaysia/ GCE A-level/ International Baccaulaureate diploma/ Ausmat yang diluluskan oleh kerajaan malaysia dan senat universiti
  • Syarat MINIMUM Malaysian University English Test (MUET) adalah Band 1

Program pra-U merupakan salah satu program yang dapat membantu mengembangkan kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran yang mungkin diperlukan untuk ijazah sarjana muda.

Program ini akan menyediakan calon asas yang kukuh di dalam bidang yang tertentu. Pada masa yang sama, calon juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kurikulum tambahan yang menghasilkan kualiti seperti semangat berpasukan, kepimpinan, keyakinan dan kemahiran komunikasi.

6) Diploma TVET

Syarat Am bagi lepasan diploma TVET bagi DKM/ DLKM/ DVM adalah sama. Syarat Am bagi lepasan diploma TVET adalah seperti berikut:-

  • Calon perlu mempunyai kelulusan diploma yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia SERTA
    ​Diluluskan oleh senat universiti
  • ​Syarat MINIMUM Malaysian University English Test (MUET) adalah Band 1
*** Tiada istilah terlepas peluang TETAPI akan ada istilah TIADA PELUANG yang bakal terlepas kerana usaha adalah tangga kejayaan ***

Disebabkan oleh pandemik COVID -19 ini masih belum menunjukkan kadar penurunan, justeru itu dinasihati kepada pemohon untuk memohon UPUOnline ini mengikut syarat yang telah ditetapkan agar TIDAK TERLEPAS untuk memohon. Selain itu, calon dinasihati membaca pekeliling kemasukan ke universiti awam sesi akademik 2021/2022 bagi program lepasan Diploma/ setaraf.

Rujukan:-
1) https://upu.mohe.gov.my/
2) Kemasukan BPKP JPT – FB Rasmi UPU



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *