Syarat Bonus Kakitangan Awam 2021 RM600

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bonus Kakitangan Awam juga mempunyai syarat bonus kakitangan awam 2021, sebelum itu, Pada Pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan Bantuan Khas Kewangan yang bernilai RM300 diberikan kepada para pesara kerajaan dan veteren yang tidak berpencen manakala RM600 diberikan kepada kakitangan kerajaan yang berpangkat Gred 56 dan ke bawah.

Syarat Bonus Kakitangan Awam 2021

Mengikut sumber, ada beberapa syarat bonus kakitangan awam 2021, perincian adalah dipetik dari sumber asal surat siaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Siapakah penjawat awam yang layak menerima Bantuan Khas Kewangan pada tahun 2021?

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana yang merupakan pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service
  • Pegawai Contract of Service yang dilantik pada 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021?
  • Penerima pencen yang layak adalah penerima pencen perkhidmatan, pencen hilang upaya, pencen terbitan dan pencen tanggungan, pencen orang tanggungan, elaun tanggungan, elaun bersara dan elaun bersara terbitan sehingga 25 Januari 2021.
    • Bagi penerima pencen terbitan yang lebih daripada seorang Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 akan dibayar berasaskan pembahagian sama rata mengikut akaun penerima pencen.
  • Pegawai yang cuti bergaji penuh
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan urusan saraannya
  • Guru Interim
  • Pemandu yang di lantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dengan syarat tempoh kontraknya yang berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang kontraknya 1 November 2020 hingga 31 Januari 2021
  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang telah dilantik pada 1 September 2020 dan tamat tempoh perkhidmatan selama 3 bulan pada 30 November 2020, kemudiannya dilantik semula pada 1 Disember 2020 untuk tempoh 3 bulan lagi
  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang telah dilantik pada 20 November 2020 dan tamat tempoh perkhidmatan selama 3 bulan pada 19 Januari 2021, kemudiannya dilantik semula pada 20 Januari 2021 untuk tempoh 3 bulan lagi
  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) telah dilantik pada 5 Oktober 2020 dan tamat tempoh perkhidmatan selama 3 bulan pada 4 Januari 2021. Beliau kemudiannya dilantik semula pada 6 Januari 2021 untuk tempoh 3 bulan. Terdapat 1 hari jurang (gap) antara kontrak lama dan kontrak baharu kerana urusan pentadbiran jabatan bagi pelantikan semula PSH tersebut
  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang telah dilantik pada 6 September 2020 dan tamat tempoh perkhidmatan selama 3 bulan pada 5 Disember 2020, kemudiannya dilantik semula pada 30 Disember 2020 untuk tempoh 3 bulan lagi
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik ke skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Pegawai yang telah dijatuhkan hukuman tatatertib pada November 2020 dan pelaksanaan hukumannya berlanjutan melangkaui tempoh 1 Januari 2021
  • Pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
  • Pesara yang bersara secara pilihan atau atas dasar penswastaan atau pengkorporatan layak meneri bantuan sekiranya mereka adalah penerima pencen
  • Pesara atau penerima pencen terbitan yang meninggal dunia pada 25 Januari 2021 layak diberi bantuan sebanyak RM300.00
Info Tambahan :  Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS) KPM

Siapakah penjawat awam yang tidak layak menerima Bantuan Khas Kewangan pada tahun 2021?

  • Pegawai yang dipinjamkan ke Gred Utama/Khas layak menerima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021
  • Pegawai yang dijatuhkan hukuman amaran pada 10 Januari 2021 oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Kementerian ATAU Jabatan
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meletak jawatan/ berhenti/ ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
  • Pesara ATAU penerima pencen terbitan yang tidak layak adalah:
  • Perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen atau Anggota Pentadbiran
  • Perkhidmatan sebagai Setiausaha Politik
  • Perkhidmatan sebagai Hakim
  • Penerima pencen Skim Pencen Balu dan Anak Yatim (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  • Penerima bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah 1PP:WP6.3 Pengurusan Wang Awam
  • Penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen ATAU PeraturanPeraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 kerana kematian pegawai dalam perkhidmatan selepas 25 Januari 2021
  • Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS).
Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN

Syarat Bonus Kakitangan Awam 2021 RM600

Syarat Bonus Kakitangan Awam 2021 RM600 1
 Syarat Bonus Kakitangan Awam 2021 RM600
 Syarat Bonus Kakitangan Awam 2021 RM600

1 thought on “Syarat Bonus Kakitangan Awam 2021 RM600”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top