Syarat dan Diskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu bidang pekerjaan yang mungkin tidak ramai yang tahu, pembantu kesihatan awam merupakan bidang pekerjaan yang berkaitan dengan kawalan kualiti kesihatan sekeliling termasuk keselamatan, kawalan penyakit dan berkaitan.

Profesion ini ada ditawarkan jawatan untuk sektor awam dan juga swasta. Kebiasaanya ia berkaitan dengan unit dan jabatan kesihatan sesuatu organisasi.

Pembantu Kesihatan Awam
Pembantu Kesihatan Awam

Syarat Lantikan Pembantu Kesihatan Awam

Warganegara Malaysia;

  1. a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Kelayakan lantikan untuk kegunaan Pihak berkuasa Tempatan)

(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: 1,360.00; atau

  1. b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

(Gaji Permulaan ialah pada Gred U19: 1,418.12)

  1. c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

Lulus peperiksaan Khas; dan

Had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Mohon, kebiasannya permoh perlu mengikuti kursus yang melayakkan dilantik jawatan seperti di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam http://www.spa.gov.my/ ,& https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp .

Kemasukan juga boleh melalui pengambilan Diploma berkaitan di institusi pengajian tinggi.

Tugas Pembantu Kesihatan Awam

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan di dalam program kebersihan alam sekeliling, kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer (Control and Prevention – Primary Health Care Approach).

GAJI MINIMUM = RM1,360.00

GAJI MAKSIMUM = RM4,052.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN = RM100.00

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *