Syarat Kemasukan Aswara dan Kelebihan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Pernah anda dengar ASWARA? Sebenarnya banyak kelebihan belajar di aswara ini. Akademi Seni Budaya  dan Warisan Kebangsaan ASWARA ialah sebuah institusi yang mempunyai kebitaraan sendiri iaitu mengutamakan pendidikan bercirikan seni dan budaya. Untuk kemasukan ke Aswara ia mempunyai syarat kemasukan tersendiri.

ASWARA
ASWARA

Kelebihan Pengajian ASWARA

Belajar di ASWARA ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri iaitu :

  • Aswara sedang dinaiktaraf sebagai sebuah universiti awam selaras dengan keputusan jemaah menteri pada 11 Oktober 2017
  • Program yang ditawarkan diiktiraf oleh agensi Kelayakan Malaysia ( Malaysia Qualifications Agency MQA ) Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Satu-satunya isntitusi pendidikan tinggi yang berasaskan seni dan budaya
  • Kadar yuran yang berpatutan dengan kualiti pembelajaran yang tinggi dan terbaik
  • Kombinasi teori dan praktikal yang seimbang
  • Tenaga pengajar adalah dari kalangan pemain industri, penggiat seni tenama dari dalam dan luar negara.
  • Lokasi kampus yang strategik dan berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dimana aktiviti seni bergiat aktif.
  • Kaedah pengajaran berteraskan konsep adiguru
  • Institusi pendidikan tinggi pertama menawarkan program ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan kepujian yang berteraskan budaya dan warisan.
  • Beroperasi lebih 20 tahun dan telah berjaya melahirkan ramai keryawan , penggiat seni , para pensyarah, pekerja profesional di dalam industri seni tanahair.
Baca Juga :  Semak Lokasi Mengundi dan Tukar Tempat Mengundi

Syarat Masuk Ijazah Sarjana Muda di ASWARA

  1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM atau setaraf, mendapat sekurangnya PNGK 2.00 dengan gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk pengajian am ATAU
  2. Lulus Sijil Asasi Seni Kreatif ASWARA atau matrikulasi/foundation/asasi dari mana-mana institusi yang dibenarkan dengan mendapat PNGK 2.00 ATAU
  3. Diploma Akademi Seni Budaya dan wariasn ASWARA atau diploma lain ( tahap 4 MQF ) dengan mendapat sekurangnya PNGK 2.00 dan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau
  4. Melalui kemasukan APEL dan lulus penilaian APEL oleh agensi kelayakan malaysia ( Malaysia Qualifiqation Agency ) MQA.
  5. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon
  6. Mendapat sekurang-kurangnya tahap 1 ( Band 1 ) dalam Malaysia University English Test ( MUET ) mengikut tempoh sah laku ( 5 Tahun ) dari tahun permohonan dan.
  7. Lulus temuduga dan ujibakat yang ditetapkan oleh ASWARA.

Yuran Pengajian Ijazah Sarjana Muda di ASWARA

Kursus ( Tempoh )Yuran
Kursus di bawah fakulti Muzik, filem & Televisyen, Animasi & multimedia dan rekaan komunikasi visual ( 3 Tahun : 6 Semester )RM 7449
Kursus dibawah fakulti Tari, Teater, Penulisan dan Pengurusan Seni & Budaya ( 3 Tahun ( 6 Semester )RM 7029
Baca Juga :  Tutorial Cara Isi Pelaporan LPBK 2017

Yuran pengajian adalah mungkin berubah mengikut tahun semasa dan dasar ASWARA.

Masa depan peluang pekerjaan

Belajar dalam bidang seni dan budaya ini juga mempunyai peluang yang luas untuk pekerjaan. Hal ini kerana belajar berkaitan seni dan budaya ini merupakan ilmu kemahiran yang jarang dikuasai oleh ramai orang. Kelebihan ilmu yang sedia ada boleh menjadi nilai tambah untuk memohon pekerjaan dalam bidang persembahan secara terus atau secara online.

Kemahiran yang sedia ada juga boleh mewujudkan pendapatan melalui upah persembahan serta jualan karya bukan sahaja dalam negara malah luar negara yang boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Bagaimana untuk memohon

Permohonan boleh terus ke Akademi Seni budaya dan warisan kebangsaan. no 464, jalan tun ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. No telefon 03-27785961, faks :03-27785903 ( unit kemasukan & rekod )

Atau layari laman sesawang www.aswara.edu.my

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here