Syarat Kemasukan ASWARA dan Kelebihannya

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anda pernah dengar ASWARA? ASWARA merupakan singkatan kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. ASWARA ialah satu-satunya  institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. 

Terdapat sembilan (9) fakulti yang beroperasi sebagai medan kesatuan bidang-bidang akademik yang disediakan oleh pihak ASWARA iaitu:

  • Fakulti Muzik
  • Fakulti Teater
  • Fakulti Penulisan
  • Fakulti Filem & Televisyen
  • Fakulti Komunikasi Seni Visual
  • Fakulti Tari
  • Fakulti Animasi & Multimedia
  • Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya
  • Pusat Pengajian Pasca Siswazah (Kursi P.Ramlee)
  • Pusat Seni Pentas Tradisional (PUTRA)

Anda berminat? Apakah syarat-syarat untuk bergelar seorang pelajar ASWARA?

PROGRAM DIPLOMA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA

  1. WARGANEGARA MALAYSIA yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;DAN
  2. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; ATAU
  3. LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 3 dalam bidang berkaitan; DAN LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; DAN Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); ATAU
  4. LULUS SIJIL KOLEJ KOMUNITI yang setara dengan tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan; DAN LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; DAN Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); ATAU
  5. LULUS SIJIL (TAHAP 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  6. LULUS Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00), dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
  7. LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (pangkat Maqbul); ATAU
  8. MELALUI KEMASUKAN APEL Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA); DAN
  9. Mempunyai PENGALAMAN dan PENGETAHUAN ASAS dalam bidang yang dimohon; DAN
  10. LULUS TEMUDUGA DAN UJIBAKAT yang telah ditetapkan oleh ASWARA.
Info Tambahan :  5 Pertimbangan untuk Asasi, Diploma, Vokasional atau STPM

Catatan :

  • Calon-calon Fakulti Teater dan Fakulti Tari akan dikenakan ujibakat
  • Calon-calon Fakulti Penulisan Kreatif diminta membawa contoh penulisan yang telah dihasilkan
  • Calon-calon Fakulti Muzik akan diuji dari segi pembacaan nota dan permainan alat muzik
  • Calon-calon Fakulti Filem dan Televisyen akan diuji dari segi bakat melukis Lakaran Papan Cerita (storyboard) dan menulis (storyline) serta diminta membawa Lakaran Papan Cerita (storyboard), filem pendek (short film) atau skrip yang telah dihasilkan.
  • Calon-calon Fakulti Rekaan Komunikasi Visual dan Fakulti Animasi dan Multimedia akan diuji dari segi bakat melukis.

PROGRAM ASASI

KELAYAKAN MASUK KE PROGRAM ASASI SENI KREATIF 

  1. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; ATAU
  2. LULUS Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; ATAU
  3. LULUS O-LEVEL dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam lima (5) mata pelajaran; ATAU
  4. KELAYAKAN-KELAYAKAN LAIN yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)DAN
  5. LULUS TEMUDUGA yang telah ditetapkan oleh ASWARA.
Info Tambahan :  Pengeluaran KWSP: 17 Jenis Pengeluaran Yang Boleh Dilakukan

Antara kelebihan ASWARA ialah kepakaran pensyarahnya. Mereka merupakan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Di samping itu, ASWARA juga dilengkapi dengan kemudahan yang canggih seperti panggung eksperimen, dewan orkestra, black box dan peralatan sokongan.

Syarat Kemasukan ASWARA dan Kelebihannya 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top