Syarat kemasukan ke Tingkatan 6 bagi pelajar berkeperluan khas adalah berbeza dengan pelajar yang lain. Hal ini disebabkan mereka mereka LAYAK untuk mendapatkan keutamaan yang berbeza bagi memberi mereka ruang dan laluan untuk berjaya seperti orang yang normal. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menyediakan syarat AM dan khas yang berbeza bagi mereka yang berkeperluan khas ini.
“Kejayaan dan kemewahan tidak datang bergolek tanpa ada usaha untuk berjaya dan kaya”
TAHUKAH ANDA!!!
Kemasukan ke Tingkatan 6 adalah secara automatik sekiranya calon memenuhi syarat kelayakan kemasukan. TETAPI pemilihan JURUSAN adalah berpandukan kepada syarat khas kemasukan.
Aplikasi Online Tingkatan 6 https://sst6.moe.gov.my/semakanT6
Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas)
Setiap kemasukan ke pusat pengajian pasti mempunyai syarat yang tersendiri. Sama juga dengan kemasukan ke Tingkatan 6 ini, mereka juga mempunyai syarat kelayakan yang tersendiri bagi membolehkan seseorang itu masukan ke jurusan pilihan anda. Antara syaratnya adalah:-
- Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan mendapatkan sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
- Berumur di antara 17 sehingga 20 tahu pada 1 Januari 2021 tahun semasa
Syarat Khas Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas)
Antara syarat khas kemasukan pelajar ke Tingkatan 6 bagi pelajar berkeperluan khas adalah:-
1) Jurusan Sains
Pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian (C) berserta jumlah mata Gred TIDAK MELEBIHI 18 unit untuk 3 mata pelajaran berikut :-
- Matematik/ Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Lukisan kejuruteraan/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ kejuruteraan awam/ kejuruteraan elektrik & elektronik/ reka cipta/ pengajian argoteknologi/ sains sukan/ sains rumah tangga/ sains komputer/ grafik komunikasi teknikal
- Pengursan makanan/ pengajian pakaian
2) Jurusan Sains Sosial
Bagi jurusan sains sosial, terdapat beberapa pecahan syarat kahs mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki. Antara syarat kemasukan mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki adalah seperti berikut:-
a) Sekolah Menengah Harian
Pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata Gred TIDAK MELEBIHI 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan. Antara 3 mata pelajaran yang berlainan adalah seperti berikut:-
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusateraan Melayu/ Literature in English
- Sejarah
- Geografi/ Pendidikan Seni Visual
- Komunikasi Visual/ Seni Halus/ tearer/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
- Matematik/ Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
- Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah islamiah
- Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
- Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science & Technology
- Pengajian keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
b) Sekolah Menengah Agama
Bagi permohonan Tingkatan 6 dalam Jurusan Sains sosial, syarat khas bagi pelajar lepasan sekolah agama terbahagi kepada dua kategori. Setiap kategori mempunyai syarat permohonan yang berbeza. Antara sekolah agama menengah yang terlibat adalah:-
i) Sekolah menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Bagi pelajar yang berkeperluan khas, mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 18 unit bagi 3 mata pelajaran pilihan (elektif) seperti:-
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Al- Quran dan Al- Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab
- Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
ii) Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
Bagi pelajar KISAS dan SMAP Labu, syarat kemasukan ke Tingkatan 6, pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata Gred TIDAK MEELBIHI bagi 3 mata pelajaran pilihan (elektif) adalah seperti:-
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Al- Quran dan Al- Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab
- Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
Cara pengiraan mata Gred Bagi Kemasukan ke tingkatan 6
Dibawah ini adalah pengiraan mata Gred bagi calon lepasan SPM :-
Diharapkan segala perkongsian ini dapat membantu memudahkan lagi urusan para pelajar dalam membuat pemilihan. Setiap satu pilihan yang dibuat adalah yang terbaik buat semua pelajar. Justeru itu, anda yang perlu menentukan masa hadapan anda, tiada siapa yang lebih layak dalam menenukan masa hadapan seseorang manusia itu selain daripada tuan empunya diri itu sendiri.