Syarat Kemasukan SBP Baru 2017

0
64
SBP
SBP

Satu sidang media dikeluarkan mengenai syarat minimum sebagai syarat kemasukan SBP 2017. Hal ini kerana keperluan syarat minimum dikurangkan berikutan keputusan UPSR sebelum ini yang menyukarkan calon untuk mencapai syarat minimum yang ditetapkan.

Menurut Sumber Berita Harian, Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baru kemasukan pelajar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada 3A dan 3B dalam ujian UPSR pada tahun depan.

Kenyataan ini dibuat sendiri oleh Ketua Pengarah, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof, perubahan syarat itu dibuat berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Baca Juga :  Permohonan Pegawai Pendidikan DG 41 Guru MARA

Menurutnya lagi, “Bagaimanapun, kedudukan pemilihan dan penetapan murid di SBP tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata kerana kita juga akan mengambil kira skor merit akademik serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

“Malah, pentaksiran sekolah dan pentaksiran psikometrik juga akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam saringan pemilihan murid ke SBP,” Kenyataan dibuat pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Microsoft Malaysia (Microsoft) di Putrajaya. Sumber Berita Harian 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :