Terdapat pelbagai Laluan pendidikan yang boleh diceburi oleh setiap pelajar, antara salah satu pilihan popular adalah tingkatan 6. Syarat kemasukan tingkatan 6 untuk tahun 2018/2019 juga tidak terlalu sukar dan ianya menjadi pilihan kebanyakan pelajar yang ingin mendapat laluan terus ke iajazah sarjana muda.
Tingkatan 6 mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang dibincangkan sebelum ini. Walaupun demikian, apa sahaja pemilihan laluan kerjaya bergantung pada perancangan individu. Pemilihan pendidikan dan kerjaya yang berkesan adalah melalui proses penilian dan perancangan yang terliti dari individu sendiri.


Tingkatan 6
Pelajar yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.
Syarat Kemasukan Tingkatan 6
Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.
- Aliran Sains Sosial – jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12
- Aliran Sains – jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 18
- Aliran Agama – jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 14
Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Mod Tingkatan 6
Kolej Tingkatan Enam (Mod 1) – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.
Mod 2 – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Mod 3 – sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.
Matapelajaran Tingkatan 6
Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
Bil | Kod | Mata Pelajaran |
1 | 900 | Pengajian Am |
2 | 910 | Bahasa Melayu |
3 | 911 | Bahasa Cina |
4 | 912 | Bahasa Tamil |
5 | 913 | Bahasa Arab |
6 | 920 | Literature in English |
7 | 922 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif |
8 | 930 | Syariah |
9 | 931 | Usuluddin |
10 | 940 | Sejarah |
11 | 942 | Geografi |
12 | 944 | Ekonomi |
13 | 946 | Pengajian Perniagaan |
14 | 948 | Perakaunan |
15 | 950 | Mathematics (M) |
16 | 954 | Mathematics (T) |
17 | 958 | Information and Communications Technology (ICT) |
18 | 960 | Physics |
19 | 962 | Chemistry |
20 | 964 | Biology |
21 | 966 | Sains Sukan |
22 | 970 | Seni Visual |
Penting : Hanya 4 atau 5 sahaja subjek yang perlu diambil termasuk pengajian Am
Contoh : Pengajian am, Geografi, Bahasa Malayu, Ekonomi
Pengajian AM dan MUET adalah wajib diambil
Tempoh Pengajian Tingkatan 6
Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun:
Penggal 1: Mei hingga November
26 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Penggal 1 (P1)
Penggal 2: Januari hingga Mei
20 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Penggal 2 (P2)
Penggal 3: Mei hingga November
26 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Penggal 3 (P3), peperiksaan Ulang 1 (U1), dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu P1, P2, dan P3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.
Pentaksiran dan Pengiraan pentaksiran Tingkatan 6
Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% – 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% – 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Murid mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat P1, P2, dan P3. Murid juga mesti melaksanakan Kerja Kursus.
Murid akan menerima keputusan peperiksaan setiap penggal. Mereka boleh memperbaiki keputusan peperiksaan P1 dan P2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2. Pentaksiran pencapaian murid dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga penggal. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal seperti yang berikut:
Terbaik [(P1 atau U1) + (P2 atau U2) + P3 + Kerja Kursus]
Pingback: Syarat Masuk ke Tingkatan 6