Syarat Kemasukan Tingkatan 6

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Syarat kemasukan Tingkatan 6 bagi pelajar lepasan SPM Tahun 2020. Syarat kemasukan ini boleh di jadikan kayu aras untuk pelajar lepasan SPM untuk memilih untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6. Justeru itu, anda WAJIB ketahui syarat kemasukan Tingkatan 6 tidak kira syarat am atau syarat khas mengikut bidang yang di ambil. Selain daripada syarat kemasukan Tingkatan 6 anda juga perlu ketahui jurusan pengajian yang ditawarkan di Tingkatan 6.

Kemasukan ke Tingkatan 6 adalah secara automatik. Hal ini disebabkan, pengambilan ke Tingkatan 6 ini TIDAK perlu membuat permohonan, pelajar yang melepasi syarat kelayakan kemasukan akan ditawarkan secara automatik. Justeru itu, bagi pelajar yang mahu ketahui status tawaran kemasukan melalui aplikasi SST6 KPM atau mennerusi semkaan SMS. Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 akan diumumkan selepas tarikh keputusan SPM diumumkan.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 1
Syarat Kemasukan Tingkatan 6

Disini kami akan berkongsikan syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 menerusi Aplikasi SST6 KPM https://sst6.moe.gov.my/. Antara maklumat yang dikongsikan adalah syarat am, syarat khas dan jurusan yang ditawarkan di Tingkatan 6 ini. 

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Syarat Am)

Antara syarat Am kemasukan ke Tingkatan 6 adalah seperti berikut:-

  1. Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  2. Berumur di antara 17 sehingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Mengikut Jurusan Pengambilan)

Syarat kemasukan Tingkatan 6

Setiap jurusan mempunyai syarat kemasukan yang berbeza. Hal ini disebabkan setiap jurusan menawarkan syarat kemasukan khas yang WAJIB pelajar lepasi untuk mendapat jurusan yang tertentu. Antara syarat kemasukan jurusan tersebut adalah:-

1) Jurusan Sains

Bagi ambilan pelajar Jurusan Sains Tingkatan 6 ini, pelajar hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan. Kumpulan mata pelajaran berlainan adalah seperti berikut:-

  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Lukisan kejuruteraan/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ kejuruteraan awam/ kejuruteraan elektrik & elektronik/ reka cipta/ pengajian argoteknologi/ sains sukan/ sains rumah tangga/ sains komputer/ grafik komunikasi teknikal
  • Pengursan makanan/ pengajian pakaian 
Info Tambahan :  Syarat Masuk Matrikulasi 2021 Serta Bidang Pengajian

2) Jurusan Sains Sosial

Bagi jurusan sains sosial ini, terdapat beberapa pecahan mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki. Antara syarat kemasukan mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki adalah seperti berikut:-

i) Sekolah Menegah Harian

Pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan. 3 kumpulan yang berbeza adalah seperti berikut:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusateraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual/ Seni Halus/ tearer/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
  • Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah islamiah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science & Technology
  • Pengajian keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

ii) Sekolah Menengah Agama

Bagi permohonan Tingkatan 6 dalam Jurusan Sains sosial, syarat khas bagi pelajar lepasan sekolah agama terbahagi kepada dua kategori. Setiap kategori mempunyai syarat permohonan yang berbeza. Antara sekolah agama menengah yang terlibat adalah:-

a) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Bagi pelajar lepasan sekolah SMKA atau SABK, mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Arab DAN sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 14 unit bagi 3 mata pelajaran berlainan. 3 kumpulan yang berbeza adalah:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusateraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual/ Seni Halus/ tearer/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
  • Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah islamiah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Pendidikan Syariah islamiah
  • Bahasa Arab
  • Pengajian keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
Info Tambahan :  Cara Permohonan Pakej Pelan Data dan Peranti Kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)

b) Sekolah Berasrama Penuh (Agama), Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

Bagi pelajar lepasan sekolah ini, mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab DAN sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 14 unit bagi 3 mata pelajaran berlainan. 3 kumpulan yang berbeza adalah:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusateraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual/ Seni Halus/ tearer/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
  • Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah islamiah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Pendidikan Syariah islamiah
  • Bahasa Arab
  • Pengajian keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan 

Disebabkan oleh itu, syarat kemasukan Khas dalam Jurusan Sains Sosial adalah sedikit berbeza mengikut jenis sekolah yang mereka duduki. Diharapan setiap satu perkongsian yang diberikan ini dapat membantu para pelajar ketahui serba sedikit syarat dan kehendak untuk memasuki sesuatu jurusan yang anda mahukan. 

Syarat kemasukan tingkatan 6

***SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON SPM YANG BAKAL MENGAMBIL PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2021***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments