Syarat Masuk Matrikulasi 2021 Serta Bidang Pengajian

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

 

Untuk ke matrikulasi mempunyai syarat masuk matrikulasi yang perlu dipenuhi, matrikulasi adalah satu program Persediaan bagi pelajar Bumiputera dan 10% pelajar non-bumiputera untuk melayakkan diri melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Ijazah pertama) dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Pemilihan pelajar Matrikulasi adalah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa pelajar. Tawaran Program Matrikulasi adalah dalam bidang:-

1) Sains

  • ​Sains Modul 1 (Fizik, Biology dan Kimia)
  • Sains Modul 2 (Fizik, Kimia dan Sains Komputer)
  • ​Sains Modul 3 (Biology, Kimia dan Sains Komputer
  • ​Aliran sains Teknikal

Bidang sains ini juga telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang dikenali sebagai Pelajar Satu Tahun (PST) dan Pelajar Dua Tahun (PDT). PST ini adalah pelajar sains yang akan belajar di Matrikulasi selama setahun dan hanya mempunyai 2 semester SAHAJA manakala PDT pula adalah pelajar sains yang belajar di Matrikulasi selama 2 tahun dan mempunyai 4 semester.

Manakala, bagi Aliran Sains Teknikal Mereka hanya mempunyai 3 kolej SAHAJA dan kebiasaanya pelajar aliran sains Teknikal Matrikulasi tidak bercampur dengan pelajar Matrikulasi aliran sains dan perakuanan. Antara Kolej Matrikulasi aliran sains Teknikal adalah:-

  • Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK),
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) dan
  • ​Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ).

2) Perakaunan

Secara keseluruhannya, Program Matrikulasi ini bertujuan bagi memastikan pembangunan potensi pelajar melalui pendidikan prauniversitj yang berkualiti. Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Syarat Masuk Matrikulasi


Cara memohon program Matrikulasi ini adalah menerusi laman web Sahaja.  Segala maklumat berkenaan dengan syarat kemasukan boleh melayari laman web Matrikulasi.

Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

INFO!!!
Bagi maklumat kepada pelajar yang bakal menduduki SPM 2020, segala permohonan ke program Matrikulasi akan diuruskan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) menggunakan sistem upuonline.

Syarat Masuk Matrikulasi

Syarat kelayakan permohonan kemasukan ke program Matrikulasi :-

1) Syarat umur

√ Pemohon haruslah berumur TIDAK melebihi 20 tahun semasa permohonan
√ Warganegara Malaysia
√ Calon SPM tahun semasa

2) Syarat kelayakan Akademik

Pemohon WAJIB mendaftar matapelajaran berikut dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2020 bagi memohon program Matrikulasi mengikut aliran tertentu.

a) Aliran sains

Terbahagi kepada dua iaitu:-

  • Sistem 2 semester

Mendapat kepujian Tertinggi (B) dalam matapelajaran MATEMATIK, kepujian (C) dalam Bahasa Melayu, English, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biology serta LULUS dalam subjek sejarah.

  • Sistem 4 semester

Mendapat kepujian (C) dalam matapelajaran Bahasa Melayu, English dan Matematik serta LULUS dalam subjek Matematik Tambahan, Kimia, Sejarah, Biology atau Fizik atau Sains Komputer

b) Aliran Kejuruteraan

Mendapat LULUS sejarah dan mendapat kepujian (C) dalam Bahasa Melayu, English, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu daripada SUBJEK berikut:-

​Biology, Sains, Sains Tambahan, Pengajian Kejuruteraan Awam / Makanikal / Elektrik & Elektronik / Asas kelestarian Pertanian/ Sains Rumah tangga/ Sains Komputer/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakuanan/ Ekonomi/ Perniagaan

c) Aliran Perakaunan

Mendapat LULUS dalam matapelajaran sejarah, kepujian (C) dalam Bahasa Melayu, English, Matematik, Matematik Tambahan dan mana-mana dalam 2 matepelajaran berikut:-

Fizik/ Kimia/ Biology / Sains/ Sains Tambahan/ Pengajian Kejuruteraan Awam / Makanikal / Elektrik & Elektronik / Asas kelestarian Pertanian/ Sains Rumah tangga/ Sains Komputer/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakuanan/ Ekonomi/ Perniagaan /perdagangan /Tasawwur Islam/ Pendidikan Syariah Islam

d) Aliran Perakuanan Profesional (JPPRo)

Mendapat LULUS dalam matapelajaran Sejarah dan kepujian (C) dalam Bahasa Melayu dan Matematik Tambahan. Cemerlang Tinggi (A) dalam English, Matematik dan mana-mana (3) SUBJEK berikut:-

Fizik/ Kimia/ Biology / Sains/ Sains Tambahan/ Pengajian Kejuruteraan Awam / Makanikal / Elektrik & Elektronik / Asas kelestarian Pertanian/ Sains Rumah tangga/ Sains Komputer/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakuanan/ Ekonomi/ Perniagaan /perdagangan /Tasawwur Islam/ Pendidikan Syariah Islam

Dan LULUS Ujian Aptitud dan temuduga

Jadi, bagi bakal calon SPM 2020 anda sudah boleh bersiap sedia untuk menjadi salah satu calon dalam program Matrikulasi ini. Jadikan pengenalan program Matrikulasi ini sebagai satu kayu ukur untuk calon SPM menjadi salah satu calon program ini. Anda berusaha pasti anda akan berjaya.

“Impian boleh menjadi cita-cita dan cita-cita boleh menjadi kerjaya”

Good Luck buat bakal Calon SPM untuk menduduki SPM pada awal tahun 2021 ini.

Rujukan
1) https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi/pengenalan-matrikulasi
2) https://matrikulasi.moe.gov.my/system/pentadbiran/index.cfm?CFID=182372964&CFTOKEN=c931a31f980fdaae-2384F96B-5056-A2E7-731050EE62ADE56F

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *