Untuk gambaran dan motivasi pelajar tingkatan 5 tahun ini, berikut ialah syarat masuk tingkatan 6 bagi jurusan sains dan kemanusiaan bagi tahun 2015 sekolah menengah harian biasa.
Syarat Am ( kecuali murid berkeperluan khas )
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2015.
Syarat Khas
Jurusan Sains
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kelompok yang berlainan seperti berikut:
- Matematik / Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian
- Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ RekaCipta/ Teknologi Kejuruteraan/ Information And Communication
- Technology/ Pengajian Agroteknologi
- Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian
Jurusan Kemanusiaan
Sekolah Menengah Harian/ Sekolah Menengah Teknik
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kelompok yang berlainan berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
- Sejarah
- Geografi/ Pendidikan Seni Visual
- Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan
- Muzik/ Muzik/ Tari
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
- Matematik/ Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
- Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan
- Syaria’ah Islamiah
- Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa Iban/ Bahasa
- Kadazandusun/ English For Science And Technology
- Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi
- Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan
Sebenarnya amat rugi jika tingkatan 5 sekarang ini disia-siakan begitu sahaja. Hakikat sebenarnya, peluang sentiasa ada. Oleh kerana kesilapan sendiri memungkinkan anda tidak layak untuk diberi peluang untuk menyambung ke tingkatan 6. Bagi yang belajar bersungguh-sungguh lebih baik meletakkan target untuk ke asasi atau ke matrikulasi ataupun institusi lain. Tingkatan 6 juga merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang mahukan kesederhanaan dalam pelbagai aspek tetapi hasinya juga sangat lumayan bagi mereka yang bersungguh-sungguh.
Makluman Penting: maklumat diatas bergantung pada perubahan masa hadapan oleh pentadbir, ppd ataupun KPM.
Saya nk tnya psl tingkatan 6 ni..Saya bukan warganegara blh x msk f6 tpi saya dh mohon ic? Dan contoh klau saya dh hbs f6 dpt sijil STPM tpi blm dpt ic lgi blh x saya cri pekerjaan berdasarkan aliran yg saya ambil?