Syarat Minimum Matrikulasi KPM Sesi 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Syarat Minimum Matrikulasi KPM Sesi 2012 1
Matrikulasi KPM

Kerapkali soalan yang sama ditanya tentang apakah syarat minimum atau keputusan minimum SPM untuk melayakkan diri ke matrikulasi bagi kemasukan 2012/2013 ini. Pertanyaan pastinya bagi calon yang inginkan kepastian adakah keputusan yang diterima mampu melayakkan diri untuk sekurangnya dinilai bertanding dengan calon lain dalam menentukan tempat diterima ke matrikulasi.

Apa yang pasti, pertanyaan syarat minimum ini adalah bagi mereka yang sudah pasti mempunyai keputusan sederhana baik dan mempunyai pengharapan untuk diterima ke matrikulasi. Syarat minimum ialah satu ketetapan bagi melayakkan permohonan di proses atau dinilai bagi dimeritkan mengikut kekosongan serta kelayakan pemohon ditempatkan ke mana-mana institusi. Hal ini bermakna, calon yang mempunyai keputusan mengatasi syarat minimum adalah berpeluang cerah untuk permohonannya dinilai bersama permohonan yang lain. Namun demikian, memenuhi syarat minimum bukanlah satu tiket untuk membuat kesimpulan “ mesti dapat “ kerana ia perlu dinilai bersama yang lebih cemerlang lain.

Memenuhi syarat minimum bukanlah satu tiket untuk membuat kesimpulan “ mesti dapat “ kerana ia perlu dinilai bersama yang lebih cemerlang lain

Selain itu juga, tidak melepasi syarat minimum juga tidak juga boleh dikatakan tidak berjaya. Hal ini kerana kemungkinan ia bergantung kepada kekosongan serta jumlah cemerlang yang memohon pada tahun bekenaan. Namun demikian, bagi mereka yang tidak melepasi syarat minimum pasti mempunyai peluang yang sangat sedikit untuk diterima ke matrikulasi.

Info Tambahan :  Jurusan Universiti Di Malaysia: 10 Tips Penting

Syarat minimum ke matrikulasi bagi tahun 2012/2012 ini boleh dikategorikan kepada 3 jurusan yang ditawarkan di kolej matrikulasi kini. Jurusan berikut adalah termasuk jurusan sains, teknikal dan perakaunan.

Syarat Minimum Kemasukan Matrikulasi KPM 2012/2013

Jurusan Sains

  • Bahasa Melayu ( C )
  • Bahasa Inggeris ( C )
  • Matematik ( B )
  • Kimia ( C )
  • Matematik Tambahan ( C )
  • Gred ( C ) Dalam mana-mana satu (1) yang berikut: 1) Fizik 2) Biologi

Jurusan Teknikal

  • Bahasa Melayu ( C )
  • Bahasa Inggeris ( C )
  • Matematik ( B )
  • Kimia ( C )
  • Matematik Tambahan ( C )
  • Fizik ( C )
  • PKA/PKE/PKM/TK ( C )
  • Kimia ( E )

Jurusan Perakaunan

  • Bahasa Melayu ( C )
  • Bahasa Inggeris ( C )
  • Matematik ( C )
  • Gred ( C ) dalam mana-mana dua (2) yang berikut: 1) Perakaunan 2) Ekonomi Asas 3) Perdagangan 4) Sains Tambahan 5) Peng. Keusahawanan 6) Sains 7) Fizik 8  ) Biologi 9) Kimia 10) PKA/PKE/PKM/TK/LK
  • Matematik Tambahan ( E )
Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

Suka untuk ditekankan disini, mendapat keputusan lebih tinggi dari dinyatakan diatas mengikut kategori permohonan adalah lebih baik serta mempunyai peluang yang lebih cerah dalam melayakkan diri dalam permohonan ke matrikulasi bagi sesi 2012/2013 ini. Semoga berjaya.

4 thoughts on “Syarat Minimum Matrikulasi KPM Sesi 2012

  1. Hmm saya ingin bertanya, matrikulasikan permohonannya sebelum result spm keluar, oleh itu, result apa yang matrikulasi gunakan untuk menilai akademik pelajar?

  2. saya nak tahu..sy ade membuat permohonan matrikulasi..tp permohonan sy tidak berjaya..sedangkan keputusan sy layak untuk ke program matrikulasi..mohon pencerahan apakah sebab permohonan sya tidak berjaya..?

  3. sy lepasan spm 2010. adakah saya boleh memohon untuk memasuki program matrikulasi sekiranya saya apply pada tahun ini(2013) bagi sesi 2014/2015? saya kini berumur 20 tahun. apakah had umur bagi program matrikulasi?

Leave a Reply to Anna Syazana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *