Syarat MUET Permohonan Sarjana Muda UiTM 2015

0
449
MUET

Melalui pertanyaan kami, ramai juga yang bertanyakan berkaitan syarat MUET untuk memohon Sarjana Muda di IPTA, sebenarnya terdapat perbezaan syarat minima antara IPTA dan IPTA lain. Untuk tidak mengecewakan anda, kami berikan sedikit gambaran syarat minima MUET bagi permohonan ke UiTM mengikut maklumat yang kami terima melalui hebahan rasmi.

Bagi semua calon yang ingin memohon ke program sarjana muda uitm kemasukan 2015 disyaratkan telah mengambil malaysian university english test (MUET) dan mencapai sekurang-kurangnya MUET band satu (1) KECUALI PROGRAM DI BAWAH:

  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)ED241 BAND/TAHAP MUET 4
  • SARJANA MUDA PENGAJIAN UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN)LW224 BAND/TAHAP MUET 4
  • SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (BAHASA INGGERIS UNTUK KOMUNIKASI PROFESIONAL)LG240                BAND/TAHAP MUET 4 ATAU 3(DENGAN UJIAN/ TEMUDUGA)
  • SARJANA MUDA PERUBATAN DAN SARJANA MUDA PEMBEDAHAN MBBS240LG240 BAND/TAHAP MUET 3
  • SARJANA MUDA PEMBEDAHAN PERGIGIANDS240 BAND/TAHAP MUET 3
  • SARJANA MUDA FARMASI (KEPUJIAN)PH240 BAND/TAHAP MUET 3
  • SARJANA MUDA KEJURURAWATAN (KEPUJIAN)HS240 BAND/TAHAP MUET  2
  • SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASAN GUNAAN DENGAN KEPUJIAN (BAHASA ARAB UNTUK KOMUNIKASI PROFESIONAL)LG242 BAND/TAHAP MUET 2
  • SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT (KEPUJIAN)AM225 BAND/TAHAP MUET 2
  • SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN (KEPUJIAN)AM228 BAND/TAHAP MUET 2
  • SEMUA PROGRAM SARJANA MUDA DI FAKULTI MUZIK MU220 / 221 / 222 / 223 BAND/TAHAP MUET  2
  • SEMUA PROGRAM SELAIN DI ATAS BAND/TAHAP MUET 1
Baca Juga :  Permohonan Polis Bantuan Petronas Lelaki dan Wanita

Maklumat band minima yang dinyatakan diatas adalah bagi permohonan 2015, mungkin masa depan ia akan berubah bergantung pada keputusan pengurusan UITM, maklumat diatas adalah untuk memberi sedikit gambaran masa depan sekiranya ada pelajar yang menyimpan cita-cita untuk memohon UITM ataupun maklumat diatas mungkin sama dengan IPTA lain. Untuk pelajar tahun ini yang baru ingin mengambil peperiksaan MUET, ada baiknya anda lebih banyak berlatih untuk target yang lebih tinggi supaya keputusan MUET anda nanti bukan halangan untuk anda memilih kursus/pengajian yang anda minat kelak.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :