Syarat Pengeluaran i-sinar KWSP Akaun 1

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

I-sinar KWSP

Pengeluaran i-sinar semestinya mempunyai syarat pengeluaran tersendiri, Program i-sinar KWSP merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan disebabkan oleh pandemik COVID -19 ini. Menerusi laporan Berita Harian  pada 31 Oktober 2020, hampir 800,000 orang pekerja kehilangan pekerjaan disebabkan oleh masalah pandemik COVID -19 ini. Justeru itu, kerajaan mengambil langkah bagi memastikan kelestarian rakyat dengan membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP kepada rakyat yang terkesan akan pandemik ini.

Pengeluaran i-sinar KWSP

Menerusi laporan terkini parlimen, program i-sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas akan pandemik COVID -19 ini. Antara golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang terjejas adalah:-

  • ​Kehilangan pekerjaan
  • ​Diberi cuti tanpa gaji
  • Tiada sumber pendapatan

Sebelum ini, hanya 2 juta ahli pencarum KWSP yang layak memohon pengeluaran i-sinar ini TETAPI setelah diperbincangkan lagi, kini 8 juta pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP bagi meneruskan kelestarian kehidupan rakyat.

Jumlah MAKSIUM pengeluaran Akaun 1 KWSP adalah meningkat kepada RM10,000 BERBANDING dengan syarat pengeluaran sebelum ini hanya RM6,000 sahaja. Ianya menerusi kenyataan terkini Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pengeluaran wang KWSP akaun 1 juga TIADA SYARAT pengeluaran kepada pencarum. Asalkan pencarum merupakan salah seorang yang TERJEJAS akan masalah pandemik ini maka anda layak untuk mengeluarkan wang simpanan anda.

“Kini tiada istilah HANYA mereka yang terkesan sahaja BOLEH mengeluarkan wang simpan KWSP akaun 1 TETAPI semua yang terkesan TERMASUKLAH mereka yang mendapatkan pengurangan gaji BOLEH mengeluarkan wang simpanan KWSP akaun 1″

Sekiranya anda rasa, anda adalah golongan yang terkesan maka anda LAYAK untuk memohon i-sinar ini.

Info Tambahan :  AI Generator: 5 Langkah Tutorial Buat Gambar Professional Kerja

Apa yang perlu anda lakukan?

Anda hanya perlu menunjukkan bukti seperti:-

  • Bukti kehilangan pekerjaan disebabkan oleh pandemik
  • Notis cuti tanpa gaji yang diberikan (contoh pramugari/ pilot yang terkesan kerana tiada penerbangan)
  • Potongam gaji (TERMASUK elaun atau Overtime (OT) atau pengurangan gaji
  • Pengurangan pendapatan gaji sekiranya BEKERJA SENDIRI

Syarat Pengeluaran i-Sinar KWSP

Syarat permohonan i-sinar kepada mereka yang terjejas akan pandemik COVID -19 ini terbahagi kepada dua kumpulan. 

Kumpulan 1 

Mereka yang layak termasuk:-

  • Ahli yang bekerja di sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja di dalam sektor ekonomi gig, 
  • Yang sudah lama tidak mencarum, 
  • Kehilangam pekerjaan
  • Suri rumah
  • Yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh syarikat yang mereka bekerja. 

Kriteria bagi Kumpulan 1 adalah:- 

√  Ahli yang tiada caruman dengan KWSP  sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan

ATAU

√ Ahli yang MASIH BEKERJA tetapi telah mengalami KEKURANGAN GAJI POKOK sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kumpulan ini mereka boleh:- 

√ Terus membuat permohonan tanpa memerlukan dokumen sokongan daripada pihak majikan.  

√ Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP

√ Bagi kumpulan 1 ini, ahli hanya perlu MEMOHON secara atas talian di pauatan  isinar.kwsp.gov.my MULAI 21 Disember 2020

PEMBAYARAN bagi ahli yang layak akan bermula pada PERTENGAHAN JANUARI 2021

Kumpulan 2

Kategori ini adalah:- 

  • Masih bekerja TETAPI mengalami PENGURANGAN PENDAPATAN keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (TERMASUK pengurangan gaji, elaun pemotongan tututan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020.
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

“Pengurangan ini hanya BOLEH DIKENALPASTI melalui dokumen yang diberikan”

Justeru itu, bagi melancarkan pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:- 

√ Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan;

 DAN

√ Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Sekiranya salah satu daripada dokumen ini tidak boleh dikemukakan terdapat lagi satu alternatif yang boleh diambil iaitu:- 

√ Sediakan sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Permohona bagi Kumpulan 2 ini juga boleh dilakukan secara atas talian menggunakan pautan http://isinar.kwsp.gov.my MULAI 11 JANUARI 2021. 

Bagi memudahkan segala urusan dan bagi mengelakkan ahli tertunggu-tunggu akan keputusan permohonan maka pihak KWSP akan mengeluarkan status permohonan dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Manakala, pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar?

Jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli. Sebagai contoh pengiraan kelayakkan pengeluaran adalah seperti berikut:- 

Ahli yang mempunyai baki wang simpanan KWSP RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah MAKSIMUM RM10,000. PEMBAYARAN akan dibuat SECARA BERPERINGKAT dalam TEMPOH maksimum ENAM (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Manakala, ahli yang mempunyai baki wang simpanan KWSP lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran MAKSIMUM 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. PEMBAYARAN akan dibuat SECARA BERPERINGKAT dalam tempoh maksimum ENAM (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Syarat Pengeluaran i-sinar KWSP Akaun 1 1

PERINGATAN!!!

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli DIGALAKKAN untuk MENDAFTAR i-Akaun, MENGEMASKINI NOMBOR TELEFON untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.


Rujukan:-

1) https://isinar.kwsp.gov.my/

2) https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/10/748412/800000-hilang-kerja-sejak-covid-19-melanda



2 thoughts on “Syarat Pengeluaran i-sinar KWSP Akaun 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *