Tanamkan Rasa Kemanusiaan dan Kasih Sayang

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tanamkan Rasa Kemanusiaan dan Kasih Sayang 1
Kasih sayang merupakan sesuatu yang indah jika ia disulami dengan keikhlasan dan perikemanusiaan

Salam persahabatan, untuk hari ini saya lebih suka untuk menyentuh lebih perasaan tentang perikemanusiaan dan kasih sayang. Saya tertarik pada tajuk ini disebabkan saya baru sahaja melihat beberapa video penderaan, pukul memukul, buli membuli dalam salah satu laman sesawang popular kini. Walaupun saya hanya melihat video yang tidak tahu dimana sumbernya, kesahihan serta motifnya, tetapi saya cukup sedih dengan apa yang telah berlaku.

Untuk itu saya tertarik untuk sampaikan di xpresi ini sebagai peringatan dan mungkin salah satu sumbangan saya dalam perjuangan sebagai hamba Allah dimuka bumi ini. Apakah yang terlintas dihati apabila berlaku seperti itu? Tidakkah ada walaupun sedikit rasa perikemanusiaan? sampai sanggup menyepak, menendang, memukul, membakar orang yang tak berdaya…

Kemana perginya kasih sayang, walaupun seteruk mana kejahatan yang dilakukan, perlu untuk kita fikir, SIAPAKAH KITA UNTUK MENGHUKUM ORANG LAIN? Sedangkan kita juga HambaNya, betul-betul berkuasakah kita dengan memperlakukan sebegitu rupa kepada seseorang yang juga hambaNya juga? perlu juga untuk kita ketahui bahawa maha pencipta yang lebih berkuasa dari segala-galanya dan hanya sekelip mata sahaja sesiapa yang bersalah boleh dihukum. Tetapi kenapakah ada tangan-tangan manusia masih berlaku sombong dengan menghukum orang yang tak berdaya?

Perlu kita ingati bahawa bukan kita sahaja yang hidup didunia ini, didunia ini akan ada keturunan kita yang bakal mewarisi apa yang telah kita lakukan, jika baik yang kita lakukan, maka baiklah seadanya, jika jahat yang kita lakukan, maka kesedihan yang menimpa. Janganlah sampai satu masa nanti keturunan sendiri datang dengan wajah yang sedih dan menakutkan seolah marah kepada apa yg telah diwariskan kepada mereka. Ingatlah, hidup ini seperti roda, mungkin hari ini kita lakukan sesuatu dan mungkin juga yang sesuatu itu akan kita juga terimanya. Marilah kita bersama terapkan sifat perikemanusiaan, kasih sayang, supaya dihati kita sentiasa tenang dan setiap hari-hari kita penuh dengan kedamaian hati. Rasanya seolah-olah kegembiraan kasih sayang bila seorang anak kecil menyapu mesra pipi kedua ibu bapanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *