Tanggapan dan persepsi

0
2

Setiap individu mempunyai persepsi dan tanggapan yang tersendiri. Tetapi persepsi individu pada sesuatu adalah berbeza-beza walau pun kepada perkara yang sama. Persepsi wujud dalam pemikiran individu mengikut pengalaman yang ada pada dirinya yang telah dipelajari sepanjang kehidupan yang dilalui termasuk yang dipelajari hasil didikan daripada ibu bapa, guru-guru dan juga rakan-rakan serta persekitaran dan budaya kehidupan seseorang.

Contohnya, saya pernah pergi membeli pisang goreng dengan kawan saya. Harganya RM1 tetapi saya memberi duit RM5. Kemudian, mak saya telefon, saya serahkan tugas membeli kepada kawan saya. Selepas itu saya tanya kawan saya, dah ambil ke cucur, dia kata,” dah”. Kami pun balik, bila sampai di rumah, saya tanya, “Mana cucur?”, dia kata, “ambil lah di atas meja”. Rupanya cucur bagi dia adalah goreng pisang tapi cucur bagi saya ialah duit baki. Perkataan yang sama, sebutan yang sama tapi maksud yang berbeza antara saya dan dia. Itu baru perkataan bukan lagi perkara yang lebih kompleks.

Begitu juga maksud cantik antara individu dengan idividu yang lain adalah berbeza. Bagi sesetengah orang, kulit hitam nampak cantik, tapi bagi orang lain pula, kulit putih yang cantik. Pentafsiran tidak sama.

Oleh itu, jika kita sedar tentang hal ini bahawa manusia mempunyai persepsi, tanggapan serta pendapat yang berbeza berdasarkan pengalaman yang dilalui dan dipelajari, maka kita boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis orang yang kita jumpa. Kita juga dapat bertoleransi dengan orang lain, optimistik dan boleh menerima orang lain di samping kita dengan seadanya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :