Berita baik kepada peminjam PTPTN, negara mengalami musibah dengan penularan Covid-19 oleh kerana penularan wabak berkenaan ramai peminjam PTPTN terpaksa bercuti kuarantin di rumah dan ada juga yang tidak dapat ke tempat kerja kerana Mematuhi perintah kerajaan untuk mengurangkan kesan penularan wabak.


Kesan daripada itu ada di kalangan pekerja-pekerja yang telah membuat pinjaman PTPTN mempunyai masalah pendapatan yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Di saat masalah begini, wang yang ada mungkin lebih perlu untuk membeli keperluan lain seperti keperluan asas ketika berada di rumah masing-masing
Selain itu juga ada peminjam PTPTN yang berniaga sendiri yang mana tidak boleh meneruskan perniagaan kerana disebabkan oleh premis atau perniagaan terpaksa ditutup untuk mengelakkan penyakit terus merebak dan juga sebagai menyahut seruan kerajaan Mematuhi perintah untuk mengurangkan pergerakan.
Oleh demikian satu berita baik untuk peminjam PTPTN, penangguhan Bayaran balik pinjaman PTPTN akibat pengeluaran Covid-19 telah dikeluarkan iaitu ianya akan berkuatkuasa serta merta selama tiga bulan sehingga 30 Jun 2020. Ini bermaksud pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk semua peminjam PTPTN akan ditangguhkan selama tiga bulan sehingga 30 Jun 2020
Berikut ialah maklumat yang disiarkan sendiri di laman web rasmi PTPTN untuk maklumat yang lebih sahih :
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19
PTPTN merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan – Menteri Pertahanan berkenaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN pada hari ini, 19 Mac 2020.
Sehubungan itu, dengan penuh rasa prihatin kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama tiga (3) bulan sehingga 30 Jun 2020.
Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 – 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.
PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN. Sumber : PTPTN


Diharapkan dengan kemudahan penangguhan Bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan memberikan lebih kewangan kepada peminjam PTPTN berikutan berlakunya wabak Covid-19 dan mudahkan urusan kewangan peminjam-peminjam yang kehilangan pekerjaan atau tidak dapat bekerja semasa pelaksanaan perintah larangan pergerakan oleh kerajaan.