Tarikh akhir hantar borang cukai e-filing LHDN 2021 dilanjutkan. Hal ini disebabkan pandemik COVID -19 dan juga disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang telah berlangsung selama sebulan ini. Justeru itu, bagi memudahkan urusan e-filing, pihak LHDN melanjutkan tarikh akhir hantar borang cukai e-filing LHDN 2021.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filing LHDN 2021
Tambahan masa pengemukaan borang cukai sehingga 31 JULAI 2021 bagi pembayaran cukai yang menjalankan perniagaan (Tahun taksiran 2020). Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia (LHDN) ingin memaklumkan bahawa tambahan masa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Bagi kategori pembayar cukai yang menjalankan perniagaan bagi Tahun Taksiran 2020 diberikan sehingga 31 JULAI 2021.
Tambahan masa ini melibatkan kategori:-
- Individu
- Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan/ berkepakaran)
- Individu Bukan Pemastautin
- Individu Bukan Pemastautin (pekerja berpengetahuan)
- Perkongsian
- Pertubuhan
- Harta Pusaka dan Keluarga sekutu Hindu
Insiatif ini selaras dengan usaha kerajaan meringakan beban pembayar cukai setelah mengambil kira kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan tanggunjawab untuk mengemukan BNCP berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown”.
PENTING!!!
Ketahui tarikh akhir hantar borang cukai e-filing LHDN 2021 yang TERKINI.
“Pembayaran cukai AMAT DIGALAKKAN untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASIL bagi tujuan pengemukaan BNCP”
Manakala, bagi kategori seperti:-
- Syarikat
- Perkongsian Liabiliti Terhad
- Unit Amanah/ Amanah Harta Tanah
- Koperasi, Badan Amanah
- Amanh Pelaburan Harta Tanah/ Tabung Amanah Harta
- Amanah Perniagaan
Kesemua kategori bagi Tahun Taksiran 2020 dan Tahun Taksiran 2021 akan diberikan tambahan masa akan di kekalkan seperti yang di nyatakan pada Program Memfail Borang Nyata bagi Tahun 2020 dan 2021. bagi program memfail atau dikenail sebagai e-failing ini boleh dicapai dan dimuat turun menerusi http://www.hasil.gov.my > Borang > Program e-failing Borang Nyata bagi Tahun 2020 dam 2021.
Bagi pembayar cukai boleh merujuk Soalan Lazim Berkaitan Urusan Percukaian Dalam Tempoh Perintah Kawalan pergerkaan 3.0. Soalan Lazim ini berkaitan perkara ini dan lain-lain urusan percukaian.
FAQ ini boleh dicapai melalui pautan berikut:-
- Versi Bahasa Melayu https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_1pdf
- Versi Bahasa Inggeris https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_2pdf
Sebarang pertanyaan atau maklum balas menegnai perkara ini boleh diajukan kepada pihak LHDNM melalui:-
- Hasil care line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara)
- Hasil Live chat dan
- Borang Maklumat baals di portal Rasmi LHDNM di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu pihak yang ingin melaporkan cukai boleh menarik nafas lega kerana mempunyai masa yang banyak untuk mengisi borang. Diharapkan segala perkongsian ini bermanfaat dan berguna buat semua pembayar cukai. Tarikh penghantaran borang di lanjutkan bagi memudahkan urusan pembayar cukai.
“Lanjutan masa mengisi borang ini mampu memberi ruang dan masa kepada pembayar cukai untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan”
Apa Itu e-failing?
e-failing adalah kaedah mengisi dan mengahntar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet untuk :-
- Borang B/BT (e-B/e-BT) : Ada punca pendapatan perniagaan/ pekerja/ berpengetahuan atau bberkepakaran
- Borang BE (e-BE) : Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
- Borang P (e-P) : Borang Nyata Perkongsian
- Borang M/MT (e-M/ e-MT) : Return Form of a Non- Resident Individual/ Knowledge Worker
- Borang E (e-E) : Borang Nyata oleh Majikan
- Borang C (e-C) : Borang Nyata Syarikat
- Borang C1 (e-C1) : Borang Nyata Koperasi
- Borang R (e-R) : Penyata Baki 108 Tersemak
- e-Anggaran (e-CP204) untuk Syarikat/ koperasi/ Badan Amanah : Borang Anggaran Cukai Syarikat/ Borang Pindaan Cukai Syarikat Pindaan ke-6 (CP204A-Pindaan ke-6)/ Borang Pindaan Cukai Syarikat Pindaan ke-9 (CP204A-Pindaan ke-9)
Apa keperluan sistem e-Filing?
- Nombor rujukan cukai pendapatan dan No. Pin
- Pentium III dan ke atas
- Talian Internet
- Microsoft Windows 2000 (Service Pack terkini)
- Microsoft Windows XP (Service Pack terkini)
- Internet Explorer 8.0 dan ke atas/ Mozilla Firefox 5/ Opera 9/ Safari
PERINGATAN!!!
Bagi mendapatkan no pin anda perluhadir sendiri ke cawangan LHDNM yang berhampiran. Sekiranya anda terlupa kata laluan sila login ke laman e-filling dan pilih menu “Terlupa Kata Lalauan” untuk mendaftar “Katta Laluan” baru. Sila KLIK DISINI
Sebarang maklumat lanjut, pembayaran cukai boleh berkunjung ke manna-mana cawangan LHDNM terdekat bagi mendapatkan bantuan untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan atau menghubungi Hasil Care Line di talian hotline 03-8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara) untuk mendapatkan keterangan lanjut.