Negara digemparkan dengan salahlaku soalan UPSR di “ BOCOR “ oleh individu tidak bertanggungjawab. Menurut siasatan awal dikatakan soalan-soalan telah didedahkan sehari lebih awal dari tarikh peperiksaan sepatutnya. Ramalan awal mengatakan guru di Pedalaman di salah sebuah negeri mengambil kesempatan soalan UPSR sampai sehari lebih awal untuk mengambil gambar dan menyebarkan melalui Aplikasi telefon bimbit.
Apa juga spekulasi, menteri bekenaan telah mengesahkah bahawa setakat ini 2 soalan dibocorkan iaitu soalan UPSR Bahasa Inggeris dan sains. Kertas matematik pula hanya disyaki bocor dan ianya masih dalam siasatan kesahihan maklumat.
Menteri berkaitan dan Lembaga peperiksaan telah mengubah tarikh baru peperiksaan UPSR untuk kedua kertas tersebut pada 30 September 2014 ini. Kertas peperiksaan yang terlibat ialah kertas Bahasa Inggeris 014/1, Bahasa Inggeris 014/2, Science 018, 028 dan 038.
Dibawah adalah Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan:
KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN
PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014
Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.
Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.
Dengan perkembangan terbaharu ini, LP akan membuat siasatan atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. Ini adalah bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas. LP akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.
Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berhubung peperiksaan UPSR 2014, sila layari portal Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
11 September 2014
Kemana salahnya? Bagaimana mengatasinya? Dalam Negara yang penuh dengan perlumbaan kecemerlangan sekolah atau organisasi. Amanah dan integrity haruslah dijaga demi melahirkan anak bangsa yang cemerlang. Mungkin sesuatu perlu dilakukan dan diambil pengajaran dari apa yang telah berlaku ini. Pelajar UPSR dan Ibu bapa lah yang akan terbias dengan masalah ini, mungkin anak kecil tersebut kecewa dengan apa yang berlaku ini.