Tarikh Bonus Hari Raya Kakitangan Awam 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tarikh Bonus Hari Raya Kakitangan Awam 2012 1
Bonus Raya

Sebelum ini, kami ada membuat persoalan berapa dan bila tarikh bonus hari raya untuk kakitangan kerajaan atau awam untuk tahun 2012 ini. Persoalan itu akhirnya terjawab hari ini apabila Perdana Menteri mengumumkan tarikh bonus dikeluarkan dan jumlah bonus hari raya tahun 2012 ini.

Menurut sumber, dan seperti yang dijangka sebelum ini, bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM 500 kepada pesara kerajaan dan kesemuanya akan dibayar pada 9 Ogos ini.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Bonus Raya 2012

  • Setengah bulan gaji
  • Minimum RM 500
  • Pesara mendapat bayaran khas RM 500
  • Tarikh pembayaran ialah 9 Ogos 2012

Oleh demikian, terjawablah segala persoalan dan permintaan dari CUEPACS serta persoalan dari orang ramai. Menurut rekod sebelum ini, kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008. Dan tahun lepas, juga membayar bonus setengah gaji dan minimum RM 500 kepada kakitangan kerajaan. Semoga bonus raya yang diberikan nanti member manfaat dalam persediaan menyambut kedatangan syawal.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *