Tarikh Bonus Raya 2011 Kakitangan Kerajaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bonus raya merupakan suatu penghagaan kepada kakitangan kerajaan dalam memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Saya di tanya oleh pelawat tentang tarikh pemberian bonus Hari Raya bagi tahun 2011 tersebut.

Oleh demikian saya cuba menyemak gaji melalui laman web e-penyata gaji hari ini dan dapati bonus tersebut telahpun diberikan. Jika dilihat bila ia dimasukkan kemungkinan kemarin iaitu 14 Ogos 2011 ataupun 15 Ogos 2011 jam 12.01 tengah malam.

Bagaimana hendak membuat semakan

Kepada yang masih belum biasa dengan semakan penyata gaji di e penyata gaji laman web Akauntan Negara bolehlah melihat tutorial yang saya sediakan disini .

Belanja dengan bijak

Ada sedikit pelik pada pemberian bonus itu apabila saya lihat ianya bukan 50% dari gaji pokok saya. Ada sedikit pengurangan pemberian tersebut. Saya pun tak tahu kenapa, mungkin saya tersilap kira.

Pemberian bonus itu diharap mampu meringankan beban kakitangan kerajaan dalam musim perayaan ini dan gunakanlah pemberian itu dengan penuh manfaat dan elakkan pembaziran.

4 thoughts on “Tarikh Bonus Raya 2011 Kakitangan Kerajaan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top