Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Tahniah kerana telah ditawarkan ke universiti dan institusi lain untuk tahun ini. Kami ada menerima pertanyaan melalui email bekenaan tarikh daftar masuk universiti. Ada juga pelawat yang juga bertanyakan tarikh kemasukan ke politeknik, kolej komuniti dan ILKA. Kebiasannya tarikh ini ada dimaklumkan melalui makluman tawaran samaada melalui online atau surat tawaran.
Maklumat online dimaklumkan melalui semakan tawaran yang dikeluarkan sebelum ini, ada juga institusi lain yang perlu menunggu surat tawaran untuk tarikh daftar dan lokasi cawangan. Kebiasannya tarikh yang dinyatakan akan disertakan sekali dengan senarai dokumen perlu yang perlu disediakan semasa pendaftaran.
Tarikh Daftar Universiti dan institusi lain
Berdasarkan perkongsian pelawat kami, berikut adalah tarikh pendaftaran universiti/ institusi :
No | Pengajian/Univ/ IPT | Tarikh Daftar |
1 | Asasi UM | 23/6/2018 |
2 | Asasi Pintar UKM | 6/6/2018 |
3 | Asasi Sains Pertanian UPM | 3/6/2018 |
4 | Asasi UIAM | 23/6/2018 |
5 | Asasi Sains UNIMAS | 21/6/2018 |
6 | Asasi Sains UMS | 20/6/2018 |
7 | Tahmidi USIM | 27/6/2018 |
8 | Asasi UiTM | 3/6/2018 |
9 | Asasi UPNM | 24/6/2018 |
10 | Asasi Pengurusan UUM | 24/6/2018 |
11 | Asasi UNISZA | 4/6/2018 |
12 | Asasi STEM UMT | 3/6/2018 |
13 | Diploma UPM | 21/6/2018 |
14 | Diploma UteM | 4/6/2018 |
15 | Diploma UiTM | 15/7/2018 |
16 | Diploma UMT | 3/6/2018 |
17 | Diploma UTHM | 3/6/2018 |
18 | Diploma UMP | 23/6/2018 |
19 | Diploma UniMAP | 31/5/2018 |
20 | Diploma UniSZA | 4/6/2018 |
21 | Diploma UPSI | 4/6/2018 |
22 | Diploma Politeknik | 24-25/6/2018 |
23 | Kolej Komuniti | 26/6/2018 |
24 | ILKBS | 25/6/2018 |
25 | ILJTM | 4-5/7/2018 |
26 | BLKP | 2/7/2018 |
27 | MARA | 24-25/6/2018 |
Senarai dokumen perlu mendaftar Universiti
Kebiasaanya seorang bakal mahasiswa perlu menyediakan selengkapnya dokumen-dokumen semasa pendaftaran. Dokumen perlu pendaftaran adalah berbeza mengikut ketetapan universiti. Namun demikian berikut adalah cadangan dokumen yang perlu anda sediakan :
- Salinan kad pengenalan pelajar
- Salinan slip SPM pelajar
- Surat tawaran kemasukan ke universiti
- Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
- Slip penyata gaji ibu bapa
- Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
- Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY
- Gambar passport (4 keping ke atas)
- Salinan surat beranak sendiri dan ibu bapa penjaga.
- Salinan kad pengenalan ibu bapa penjaga
Selain dari dokumen yang dinyatakan, ada juga dokumen yang perlu disediakan awal sebelum mendaftar. Semua perkara yang diperlukan tersebut perlulah disediakan selengkapnya bagi mengelakkan masalah semasa pendaftaran nanti.
Tujuan Dokumen Perlu Disediakan
Kesemua dokumen yang disenaraikan perlu dibawa kerana ada beberapa lagi urusan yang perlu diselesaikan ketika pendaftaran. Dokumen-dokumen tersebut kebiasannya digunakan untuk tujuan :
- Daftar universiti
- Daftar Kolej kediaman
- Mohon pinjaman
- Mohon Biasiswa
- Mohon Kelab
- Daftar aktiviti lain universiti
Diharapkan maklumat tarikh dan persediaan kemasukan ke universiti ini dapat membantu perancangan dan persediaan bakal mahasiswa/i.