Tarikh dan Jadual Peperiksaan STAM 2017

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM akan bermula tidak lama lagi, Tarikh dan jadual peperiksaan telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan untuk persediaan calon dan guru terlibat.

Peperiksaan bermula pada 23 Oktober 2017 dan dijangka berakhir 1 November 2017.

Peraturan Peperiksaan

AMARAN PEPERIKSAAN

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/ bilik peperiksaan dilarang:

  1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/ bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/ bilik peperiksaan.
  3. Mendedahkan Kertas Peperiksaan atau/ dan kertas jawapan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/ bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. Menukar Kertas Peperiksaan atau/ dan kertas jawapan dengan calon lain.
  6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. Membuat rujukan di luar dewan/ bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
  9. Membawa kertas/ Skrip Jawapan Peperiksaan keluar dari dewan/ bilik peperiksaan.
Baca Juga :  Pengambilan Tentera Udara Jom Masuk Tentera Lelaki dan Wanita 2018

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan dianggap telah melakukan salah laku dan akan

menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian

dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar,

menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan suatu salahlaku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:

  1. Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
  2. Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
  3. Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.
Baca Juga :  Jadual SPM 2017 Lembaga Peperiksaan LPM

Maklumat Lanjut Jadual Peperiksaan

Anda boleh muat turun Jadual Peperiksaan STAM 2017 untuk rujukan dan simpanan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here