Tarikh Keputusan, Pendaftaran dan Rayuan Matrikulasi 2012

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kolej Matrikulasi Kedah Changlun

Permohonan Matrikulasi telah berlalu, kini tiba masanya untuk informasi tarikh keputusan termasuk pendaftaran serta rayuan untuk program matrikulasi bagi tahun 2012 ini. Matrikulasi merupakan salah satu pilihan bagi mereka yang inginkan kelebihan dalam mempercepatkan tempoh pengajian terutama melalui  Kursus Persediaan Satu Tahun ( PST ).

Matrikulasi ini juga merupakan salah satu pilihan bagi calon lepasan SPM untuk terus ke Ijazah Sarjana Muda selain melalui kursus Asasi universiti serta STPM. Mendapat tempat ke matrikulasi tidak kira matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia ataupun anjuran institusi lain terutama IPTA mempunyai kelebihan tersendiri dan alasan tersendiri individu untuk memohonnya.

Tarikh Keputusan Matrikulasi KPM 2012

Jika mengikut takwim perancangan, keputusan semakan matrikulasi akan diumumkan bermula 25 April 2012, buat masa ini keputusan online boleh disemak di www.moe.gov.my dan juga boleh disemak melalui SMS dengan menaip MOE MAT Nokadpengenalan dihantar ke 15888.

Tarikh Pendaftaran Matrikulasi KPM 2012

Setelah mengetahui keputusan masing-masing pada 25 April tersebut. Sesi pendaftaran ke institusi-institusi akan bermula mengikut lokasi seperti :

  • Kolej Matrikulasi Labuan – 21 Mei 2012
  • Kolej Matrikulasi di Semenanjung – 28 Mei 2012

Tempat pendaftaran individu adalah berlainan mengikut yang tercatat di surat tawaran nanti.

Tarikh Rayuan

Sekiranya calon gagal untuk diterima masuk ke mana-mana matrikulasi, rayuan juga akan dibuka melalui online sistem semakan yang disediakan nanti. Tarikh rayuan adalah serta merta iaitu pada tarikh semasa semakan dibuka iaitu 25 April sehingga 31 Mei 2012.

Tarikh Keputusan Rayuan Matrikulasi 2012

Setelah rayuan dibuat, keputusan rayuan tersebut akan dikeluarkan juga melalui online www.moe.gov.my atau SMS MOE MAT Nokad pengenalan ke 15888 mulai khamis 7 Jun 2012.

Pendaftaran untuk pelajar yang diterima rayuanya pula ialah pada 13 Jun 2012 mengikut kekosongan yang ada kebiasaanya adalah mengisi kekosongan pelajar yang menolak tawaran saat akhir dan tidak hadir dalam sesi pendaftarn yang pertama.

Perlu diingatkan, tarikh-tarikh adalah tertakhluk kepada perubahan. Diharapkan informasi bekenaan tarikh-tarikh penting permohonan matrikulasi KPM 2012 ini dapat membantu dalam perancangan serta membuat pilihan calon dalam keputusan menyambung pengajian selepas SPM.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sasuke
sasuke
Guest
8 years ago

SYE MENDAPAT D (lulus atas) untuk subjek BI…. adakah rayuan sye masih boleh diterima oleh pijak KPM???

allience tan
Guest
8 years ago

selamat petang.result spm saya dapat 7a,tapi saya tidak dapat ditawarkan matrikulasi.saya ingin tahu pasal punca masalah n kalau saya buat rayuan,adakah saya pasti akan berjaya?n kalau rayuan berjaya,saya akan ditawarkan program pengajian satu tahun atau program pengajian dua tahun.harap dapat reply mesej saya.sekian terima kasih.

anie
Guest
8 years ago

salam 🙂 sya nak tanya.. sya ada mbuka portal rasmi kolej matrikulasi labuan KML ,, sya mndpt thu tarikh mndftar 20 dn 21 mei.. tp tarikh yg ada d surat twaran sya adlh 21 mei utk dftr.. bolehkah sya mndftr pda 20 mei??coz kalau p awal lg bgus kn.. atau sya perlu mgikut trikh yg d ttapkn d srt twran..?? 🙂

syasya
syasya
Guest
8 years ago

sy lepasan spm 2011 .
result sy 2A+ 3A 1A- 2B 2C+ [bm=A+,bi=A-,sej=A,Maths=A,pai=A,addmath=B,bio=B,kmia=C+,fzik=C+,tswur islam=A+].
rasa-rasanya adakah sy layak ke matrikulasi . bcoz sy x yakin dgn kmia sy .

Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )