Tarikh Keputusan Pertukaran Guru 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang memohon pertukaran guru untuk sesi januari 2013, pastinya ternanti-nanti keputusannya yang dijangka hari ini. Namun demikian, keputusan pertukaran guru untuk sesi januari 2013 adalah ditangguh sehingga 3 November 2012 kerana masalah teknikal yang dialami.

Lebih masa untuk menarik nafas

Bagi yang betul-betul mengharap pastinya masih mempunyai harapan beberapa hari ini untuk merasakan diri masih lagi berpeluang untuk diterima sebelum keluar keputusan nanti yang pastinya ramai yang kecewa kerana tempat yang terhad berbanding permohonan yang ramai kenegeri-negeri tertentu terutama yang terletak di sebelah pantai timur.

Info Tambahan :  Belanjawan 2023: Intipati Lengkap Berkenaan Pendidikan

Bilangan Permohonan Masuk Yang Dahsyat

Itulah istilah yang boleh digambarkan pada beberapa negeri seperti Kelantan dan Terengganu. Ia dikatakan demikian kerana bilangan memohon masuk ke negeri bekenaan sangat sengit kerana terlalu ramai yang memohon masuk berbanding sedikit sahaja yang memohon keluar. Jika dilihat statistik permohonan masuk sekolah menengah ke Kelantan sahaja setakat hari ini 2353 orang memohon masuk ke Kelantan berbanding hanya 64 orang sahaja yang mahu keluar dari Kelantan. Jika dilihat melalui statistik sahaja, pastinya ramai pemohon ke Kelantan akan termenung dan hanya berdoa sahaja supaya dikalangan lebih kurang beberapa sahaja kekosongan yang ada itu diisi oleh mereka. Ada rakan kami pula dengan nada guraunya mengatakan memohon ke Kelantan ibarat seperti cabutan nombor kerusi bertuah kerana untuk mendapatnya hanya nipis sekali. Walaubagaimanapun kemana sahaja yang anda mohon, berserahlah kepada ilahi disamping usaha yang telah dilakukan supaya segala masalah yang dialami kini dapat diselesaikan dan permohonan masing-masing diterima.

Info Tambahan :  5 Pertimbangan untuk Asasi, Diploma, Vokasional atau STPM

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top