Tarikh Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM 2011

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

KPM

Bagi calon Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2011, keputusan peperiksaan STAM sudah mula keluar dan boleh diambil di sekolah masing-masing bermula khamis 26 Januari 2012.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 26 Januari 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Bagi calon pula boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi 26 Januari 2012. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Pada tahun ini seramai 8,499 orang calon telah menduduki STAM di 108 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah 8,499 calon, 3,782 merupakan calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, manakala 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 649 adalah calon Sekolah Agama Rakyat sementara 1,462 adalah calon persendirian manakala baki 37 orang adalah calon Sekolah Menengah Swasta. Sumber – KPM

0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x