

Ramai menantikan tarikh sebenar keputusan SPM bagi tahun 2012 yang mana keputusan akan keluar pada 2013 ini. Keputusan SPM akan keluar tidak lama lagi iaitu selepas keputusan STPM keluar. Menurut sumber boleh dipercayai, keputusan SPM akan bleh diambil di sekolah atau institusi masing-masing pada 21 Mac 2013.
Keputusan SPM 21 Mac 2013
Bagi calon SPM 2012, keputusan boleh diambil disekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi hari berkenaan. Semakan secara SMS juga boleh dibuat dengan menaip
SPM <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888
Mungkin keputusan SPM kali ini mempunyai seribu makna, mungkin ia satu berita yang mampu mengubah hidup menjadi lebih ceria atau mungkin juga menukar menjadi penuh kedukaan. Namun demikian, segala keputusan harus diterima dengan hati terbuka dan cubalah belajar dari apa yang berlaku supaya terus menerus menjadi insan cemerlang dan insan yang tidak kenal erti mengalah. Selamat Berjaya.