

Mengikut tinjauan kami, keputusan SPM 2015 akan diumumkan tidak lama lagi. Tarikh keputusan SPM 2015 yang akan diumumkan adalah bertepatan seperti khabar sebelum ini akan dikeluarkan minggu pertama Mac 2016. Menerusi paparan akhbar utama dan blog ramai yang mengatakan keputusan SPM 2015 akan diumumkan pada 3 Mac 2016.
Pihak kami ada membuat tinjauan di Laman Rasmi KPM namun masih belum menjumpai sumber tarikh mengatakan ianya akan dikeluarkan pada tarikh tersebut. Walaupun demikian ada sumber akhbar yang mengatakan ia akan dikeluarkan pada 3 Mac 2016 menerusi petikan dialog bersama orang berkaitan KPM. Kami lebih berminat mengesahkan sekiranya keluar kenyataan dari Laman Rasmi KPM sendiri demi membekalkan maklumat yang sahih untuk pembaca kami. Walaupun maklumat yang kami terima tarikh tersebut adalah ada kebenarannya namun kami sarankan pelawat sentiasa merujuk Laman Rasmi KPM.
Permohonan PISMP 2016
Jika ditinjau di blog-blog, ada yang membuat spekulasi sendiri bila tarikh permohonan PISMP ini. Kami juga ada menerima banyak soalan berkaitan tarikh PISMP ini. Sekali lagi, kami tidak dapat memberikan tarikh yang tepat bekenaan bila permohonan PISMP akan dibuka. Namun demikian, mengikut akhbar tempatan menerusi Timbalan Menteri Pendidikan bahawa KPM hanya mengeluarkan permohonan baru PISMP 2016 selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ) diumumkan. Apa yang menarik, tarikh sebenar keputusan SPM dan STPM ada juga disebutkan iaitu awal bulan Mac.
Ambil keputusan SPM anda
Untuk pengetahuan, sejurus keputusan SPM diumumkan anda bolehlah datang kesekolah selepas jam 10 pagi hari bekenaan untuk merasai sendiri debaran mengambil keputusan SPM hasil dari usaha anda sebelum ini.
Sebenarnya anda juga boleh menyemak menerusi SMS iaitu dengan Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888 Contoh: SPM 982303025376 DC001B025 hantar ke 15888
Banyakkan bersabar
Kepada calon lepasan SPM 2015 diharapkan banyak bersabar dan perlu banyak berdoa semoga doa anda dimakbulkan memandangkan sekarang ini keputusan SPM masih lagi belum diumumkan. Mungkin ada keajaipan menanti anda. Kami pasti anda akan dapat sepertimana yang anda usahakan selama ini.
Pingback: Keputusan SPM 2018, Semakan Online SMS dan Tarikh –Xpresi
Yang ko risau tu knape? exam dah berlaku..redha je la.
Amboi, apeng ni sedang tunggu result jgk ke? ni mesti dah lepas..
Adakah saya masih berpeluang mengambil semula spm iaitu kertas bahasa melayu/matematik ketika calon 1994
Ya Allah.. tuhan je yg tahu betapa brdebar nye time ni.. dh x lme dh.. minggu dpan la klau ikutkn tarikh yg di uar2 kn.. sye doakan smoga smua mndapat kputusan yg cmerlang.. Aminn…
InsyaAllah..boleh tu ikmal
SPM oh spm, dia sudah datang..
Tarikh keputusan SPM tu belum pasti la kan? Bila pulak permohonan maktab guru?
Ia, setakat ni belum, tapi dah ada sumber yg boleh dipercayai.. permohonan PISMP belum keluar, cuma sumber ada menyebut minggu pertama mac.
Selalu rujuk laman rasmi KPM yer..
Mana lebih baik form 6 ke masuk diploma?
Sebenarnya kami dah buat penulisan berkaitan perbandingan tu..boleh gunakan carian kami untuk mencari maklumat tersebut
Berdebar rasa harap keputusan SPM aku ok.
Banyak kan berdoa..InsyaAllah boleh