Tarikh Keputusan SPM 2018 Dikeluarkan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM telah berlalu pada hujung tahun 2018.  Lepasan SPM 2018 pastinya sedang menunggu keputusan SPM 2018.  Kebanyakan pelajar  lepasan SPM ketika ini bercuti sambil menunggu keputusan yang akan dikeluarkan.  Mungkin ada yang bekerja sendiri atau menjaga kedai dan ada juga antaranya yang hanya berehat di rumah.

Kami ada banyak menerima email bertanyakan tentang  tarikh keputusan SPM 2018.  Untuk makluman,  belum ada tarikh keputusan SPM 2018 yang boleh diterbitkan oleh kami selagi belum ada makluman rasmi dari sumber Utama Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.  Spekulasi demi spekulasi akan dikeluarkan dalam media sosial ataupun blog-blog namun demikian tarikh sebenar hanyalah boleh dikeluarkan oleh pihak KPM sendiri.

Walaupun demikian jika kita lihat trend penentuan tarikh keputusan SPM  sebelum ini tarikh pengumuman keputusan SPM adalah tidak lari dari tarikh tahun  sebelumnya.  Untuk tidak mengecewakan anda, Berikut ialah tarikh keputusan SPM untuk tahun-tahun sebelum ini :

  • SPM 2012 – 21 March 2013
  •  SPM 2013- 20 March 2014
  •   SPM 2014 –  3 March 2015
  •  SPM 2015-  3 March 2016
  •  SPM 2016  – 16 March  2017
  •  SPM 2017 – 15 March 2018
  •  SPM 2018-

Daripada sejarah tarikh pengumuman keputusan SPM sebelum ini dapat dilihat trend tarikh keputusan adalah pada bulan March di mana keputusan SPM kebiasaannya akan diumumkan pada minggu kedua atau ketiga bulan mac.  Namun demikian  tarikh sebenar keputusan SPM  banyak bergantung kepada proses atau Penentuan daripada KPM sendiri.  Jangka masa keputusan SPM boleh dikeluarkan banyak berkait dengan proses selesai  menanda soalan, analisis dan juga dasar KPM itu sendiri.

Oleh itu diharapkan pelajar dapat bersabar dan menunggu keputusan SPM yang dijangka akan keluar pada minggu kedua atau minggu ketiga bulan  mac ini.  Pihak kami akan sentiasa update tarikh sebenar keputusan SPM 2018 dengan segera sekiranya kami mendapat berita daripada sumber  sah KPM.

Permohonan UPU

Sepertimana artikel kami sebelum ini permohonan UPU akan mula boleh dibuat pada 25 Februari 2019 . Permohonan akan ditutup pada 12 April 2019. Oleh yang demikian diharapkan pelajar dapat maklum dan bersedia untuk membuat permohonan UPU Sekiranya berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke  institusi pendidikan tinggi termasuk Politeknik dan kemahiran lain.  Suka juga kami ingatkan bahawa  pemohon perlulah membeli nombor PIN yang berharga RM 15.60 sebelum mengemukakan permohonan UPU nanti.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of