Tarikh Keputusan SPM 2018 Pada 14 March ini

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Keputusan SPM sedang dinantikan oleh pelajar selepas dari bertungkus-lumus menjawab peperiksaan sebelum ini. Ketika ini mungkin calon SPM ada yang bekerja dan ada juga yang hanya menunggu di rumah, sementara menantikan peluang sambung belajar selepas keputusan SPM dikeluarkan.

Tarikh Keputusan SPM 2018

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan tarikh yang jelas bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM bagi tahun 2018 akan diumumkan pada 14 March ini.

Tarikh Keputusan SPM 2018 Pada 14 March ini 1

Seperti biasa semakan keputusan secara online dan offline juga disediakan.  Pelajar boleh terus ke sekolah masing-masing atau ke institusi pengajian sebelum ini untuk mengambil keputusan SPM masing-masing.

Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

Bagi yang ingin segera mendapat keputusan SPM bolehlah menyemaknya menerusi online dan SMS keputusan SPM 2018 iaitu melalui my SMS 15888.  untuk makluman perkhidmatan semakan secara online ini akan mula diaktifkan pada pukul 10 pagi 14 March 2019 dan akan ditamatkan pada 6 petang 20 March 2019.  Jika anda ingin membuat semakan secara online di laman web anda boleh terus ke laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di alamat http://sppat.moe.gov.my/semakan/.

Untuk tahun 2018 ramai  421,706 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,308 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Diharapkan maklumat kali ini dapat membantu anda maklum dengan tarikh keputusan SPM dan juga mudah untuk anda merancang permohonan  melanjutkan pelajaran anda. Sukacita Kami ingatkan bahawa sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih jelas berkaitan dengan permohonan UPU anda dinasihatkan untuk pergi ke karnival jom masuk IPT yang  sedang berlangsung di seluruh negeri secara berperingkat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top