Tarikh Keputusan STPM 2011/2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tarikh Keputusan STPM 2011/2012 1
STPM

Debaran lepasan STPM 2011 mula semakin terasa apabila tarikh keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM 2011 akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini. Tarikh keputusan STPM 2011 akan mula diumum dan disemak pada 7 Mac 2012. Tarikh keputusan STPM ini seperti dijangka mengikut jadual yang ditetapkan iaitu sekitar  5-12 Mac yang informasi di keluarkan xpresi sebelum ini.

Keputusan STPM 7 Mac 2012 ( Rabu )

Mengikut informasi yang diterima, Seramai 50,602 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2011. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian.

Info Tambahan :  3 Bidang Industri Kreatif: Seni, Rekaan, dan Hiburan

Cara Semakan Keputusan STPM 2011

Bagi calon STPM yang ingin mendapatkan keputusan bolehlah :

  • Semakan Secara online di laman web Majis Peperiksaan Malaysia mulai pukul 12 tengahhari  7 Mac 2012 atau,
  • Membuat semakan melalui SMS iaitu dengan menaip  STPM RESULT <jarak> No. MyKad dan hantar ke 15888. Atau,
  • Ke sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengahari 7 Mac 2012
  • Semakan secara pos bagi sekolah persendirian.

Setelah mendapat keputusan masing-masing, bolehlah mula membuat semakan dan kemaskini maklumat yang diisi dalam UPU masing-masing sesuai dengan keputusan yang diterima.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut menganai keputusan stpM 2011, bolehlah menghubungi sekolah masing-masing ataupun boleh menghubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian telefon 03 6136 9663, faks 03 6136 1488 atau e-mel [email protected]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top