

Keputusan STPM telah diumumkan, tidak lupa juga untuk keputusan STPM bagi penggal 1 juga akan dikeluarkan tidak lama lagi. Tahun lepas 2012 merupakan tahun terakhir STPM dijalankan secara terminal, Perlaksanaan terminal ini secara mudah adalah peperiksaan sekali sahaja iaitu dihujung pengajian. Untuk tahun 2013 ini, STPM akan mengalami perubahan iaitu menggunakan konsep semester dan menjalankan peperiksaan STPM secara modular.
Oleh demikian, mulai tahun ini tidak ada lagi tarikh peperiksaan sekaligus pada hujung tahun pengajian tetapi peperiksaan ialah mengikut semester sama seperti yang diamalkan di universiti. Untuk itu, tarikh keputusan STPM secara modular penggal 1 ini adalah pada Khamis 21 Mac 2013 ini. Keputusan boleh disemak melalui online di Portal Rasmi MPM dan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS). Semoga Berjaya.